Completed
576
Setahun kemudian ...
Husna mengira surat yang perlu diberi. Satu,.. Dua,.. Tiga.. "Tinggal lapan je. Kau nak bagi siapa lagi surat ni?" Soal Husna.
"Kejap lagi kita hantar dekat rumah Zuliz , and then rumah Azhar ,.. Lepastu Ameer and Farid." Katanya sambil memandu.
"Rumah Danish? Dia dah tahu ke belom?" Soalnya lagi.
"Family dia dah dapat dah. So, tak payahlah bagi dia lagi." Jawabnya.
Husna mengangguk faham.
"Okeylah, kita dah sampai ni rumah Zuliz ." Ujar Xora . Husna membuka seatbelt.
Mereka keluar dari perut kereta itu sambil memegang sepucuk surat. "Assalamualaikum!!" Laung Xora dan Husna.
Zuliz membuka pintu rumahnya . "waalaikumsalam. Korang buat ape dekat sini?" Zuliz membuka pagar rumahnya.
"Zuliz . Kitaorang nak bagi surat ni dekat kau. And aku harap kau datanglah." Kata Xora .
"Korang taknak masuk dulu ker? Aku suruh bibik aku buatkan air." Pelawanya. Namun, mereka menggeleng.
"Kitaorang sekejap je. Kejap lagi nak balik rumah dah. Dua jam kitaorang dalam kereta." Kata Husna sambil menghulurkan surat itu kepada Zuliz .
Zuliz ingin membukanya, namun dihalang oleh Xora . "Janganlah bukak sekarang.. Bukak lepas kitaorang pergi." Ujarnya.
Zuliz hanya mengangguk. "Okeylah. Betul ke taknak masuk dulu. Aku yang baru keluar sekejap ni dah rasa panas." Zuliz mengipas dirinya dengan surat itu.
"Betul.. Kitaorang nak pergi dah ni. Bye.." Ujar Xora sambil membuka pintu keretanya. Mereka masuk semula kedalam perut kereta itu.
Sebaik saja mereka pergi, terus Zuliz membuka surat itu. Tak sabar nak tahu apa yang tertulis didalam surat itu. Membuntang Zuliz melihat nama Xora danLiam disitu.
Jadi, betullah benda yang aku dengar setahun lepas tu? Jadi, betullah yang mereka akan berkahwin?! Masin betullah mulut si Ilya dan Marissa! Siaplah diaorang nanti.
Tapi, bila diaorang nikah? Ni mesti nikah sorok sorok ni! Aku Baru ingat nak tackelLiam balik selepas SPM! Zuliz menghentak hentakkan kakinya.
"Assalamualaikum.. Azhar ?!" Xora melaungkan salam dihadapan rumah Azhar .
Azhar yang berada didapur terus berlari keluar apabila mendengar suara Xora . Kenal sangat lah suara awak tuh! "Waalaikumsalam, cik Xora .. Awak nak apa nih? Nak melamar saya ker?" Azhar membuka pagarnya.
Haah, melamar kau datang majlis perkahwinan aku dengan Liam ! Bisik hati Xora . "Takdelah.. Saya datang ni sebab nak hantar surat kat awak."
Xora menghulurkan surat jemputannya. "Surat cinta ke nih?"
Xora mengangguk. "Haah. Surat cinta.. Eh, tapi awak bukak kejap lagi. Saya kira sampai tiga baru awak buka." Ujar Xora .
Xora masuk kedalam perut keretanya lalu membuka tingkapnya. "Awak, cepatlah kira.. Saya tak sabar nih!"
"Ye, saya kira ya.. Satu,.. Dua .. Tiga!"kira Xora . Azhar terus membuka surat itu dengan laju.
Membuntang mata Azhar apabila melihat nama Xora danLiam terpampang di muka hadapan surat itu. "What?!" Azhar terjerit kecil.
Xora sudah menghidupkan keretanya lalu beredar dari situ. "Eh, Xora !" Azhar cuba mengejar kereta itu.
Xora menghentikan keretanya secara terkejut. Kemudian, dia membuka tingkapnya. Dia mengelurkan kepalanya sedikit. "Jangan lupa datang tau!" Jerit Xora .
Dia terus memandu keretanya beredar dari situ. Xora dan Husna ketawa terbahak bahak didalam kereta.
Muka Azhar menjadi merah. Sanggup kau buat aku macam nih! Azhar mengepal tumbukan.
Majlis perkahwinan Xora danLiam diadakan dengan besar besaran. Biasalah, bila majlis pernikahan kecil kecilan.. Majlis perkahwinan mesti nak buat besar besaran..Majlis perkahwinan mereka diadakan dengan Aqisha dan Ameerul sekali. Seperti yang dirancang oleh Puan Shahila dan Datin Yantie , Ameerul dan Aqisha mesti berkahwin sekali ketika perkahwinan Xora dan Liam .
Majlis pertunangan dan pernikahan mereka telahpun berlangsung bulan lepas. Dan kini, tinggal bersanding di pelamin saja.
Perkahwinan mereka berempat sungguh meriah sekali. Ramai orang yang dijemput ke majlis perkahwinan mereka.
Tersenyum sipu si pengantin. Sedikit perasaan malu didalam hati bercampur dengan perasaan gembira, sedih. Malu kerana duduk diatas pelamin dan diperhatikan oleh orang ramai. Gembira kerana dapat menamatkan zaman bujang, dan akan memulakan kehidupan baharu.
Sedih pula hanya kerana terpaksa meninggalkan keluarga tersayang dan akan memulakan hidup yang baru bersama keluarga baru. Iaitu isteri, dan anak anak.
"Baiklah, sekarang ni.. Kedua dua pengantin perempuan akan membaling bunga ke bawah. Bersedialah wahai wanita wanita sekalian untuk menangkap bunga itu." Kata pengacara majlis.
Semua perempuan sudah bersedia dibawah pelamin. Ade juga lelaki yang menunggu dibawah itu.
Juru pengacara majlis itu mengira. "Satu, dua, tiga!"
Aqisha dan Xora membaling bunga kebawah. Terjerit jerit para wanita dibawah itu. Bunga Xora telah ditangkap oleh Zuliz . Manakala bunga yang dipegang oleh Aqisha tadi ditangkap oleh Danish.
Semua orang menepuk tangan. Jodoh ke apa nih? Silap hari bulan, lagi beberapa bulan je.. Dah dapat surat jemputan dari Danish dan Zuliz .
Zuliz tersenyum malu malu. Semua yang disitu sengaja mendekatkan Zuliz ke Danish. "Aih, jodoh ke ape nih? Harini memang hari mencari jodoh sedunia ker?" Soal pengacara majlis. Semua yang berada didewan itu tergelak.
Share this novel