Completed
576
"Liam Muhammad Raphael !!!" Bergegar gegar rumah banglo mewah itu mendengar laungan dari Dato Amri . Berlari lariLiam ke ruang tamu utama.
"Iye, papa." Tergagap gagap dia menyahut.Liam tertunduk. Takut nak pandang muka singa papanya itu.
"Liam pegi sekolah buat ape?!" Tanya Dato Amri kasar.
"Be.. Belajar."
"Belajar ke buli? Papa dengar Liam buli budak baru dekat sekolah tadi. Ape citer?"
Buli? Liam memandang kakaknya. Aqisha buat buat tak tahu. "Ni mesti along bagitahukan?" Dengan beraninya,Liam memandang papanya itu.
"Habis tu sape lagi yang report semua nih.." Jawab Datin Yantie .
"Okeyh, yela.Liam pergi sekolh tadi buli orang. Tu sebab dia yang carik fasal. Kalau tak, takdelah Liam buli dia."
"Masalahnya, kamu tu kasar sangat. Dia dahlah perempuan. Lepastu kamu buli dua tu sampai dia sakit, luka tahu tak! Kalau jadi apa apa siapa nak tanggung? Mama dengan papa jugak!" Marah Datin Yantie .
Dia sakit? Luka? Aku buat sampai macam tuh? Ya Allah, ape aku dah buat ni.. "Siapa nama perempuan tuh?" Tanya Dato Amri .
"Tuan Lehana Exora papa. Bakal isteri dia tuh." Jawab Aqisha . Bakal isteri? Apa nih?
"Apa maksud along ni? Bakal isteri?"
"Kamu ni memang melampau. Buli bakal isteri kamu sendiri. Kamu tak layak jadi suami dia. Tapi nak buat macam mana. Papa dah rancang segalanya." Kata Dato Amri dengan sedikit kesal.
"Apa ni, tak fahamlah!"
"Mungkin dengan cara nih, boleh membuatkan kamu berfikiran lebih matang sayang."
"Cara ape?"
"Kahwin."
"What?!"
"Kahwin?" Tuan Syariffudin dan Puan Shahila mengangguk.
"Mummy, daddy.. I'm still young. Ara mana tahu hal rumah tangga.. Satu benda pon tak tahu."
"Sayang, nanti bila you dah masuk alam perkahwinan you tahulah.. Okey sayang.." Pujuk Puan Shahila.
"Taknak. Ara taknak. Ara nak abang kahwin dulu. Lepas abang, baru Ara." Xora memuncungkan bibirnya lalu berpeluk tubuh.
"Abang tu kan sekarang tengah belajar kat UK.. Lepastu abang kata nak belajar dulu, and than kahwin. Tapi Ara pulak, daddy dah rancang dengan kawan daddy yang kitaorang akan kahwinkan Ara dengan anak dia." Kata Tuan Syariffudin.
"Tapi Ara pon nak belajar dulu, baru kahwin. Ara ni tak habis belajar, tak keje lagi Dah kena kahwin. Taknaklah."
"Ara, please. Kitaorang dah rancang dah. Lagipon mummy dengan daddy dah sediakan segalanya. Rumah, duit, car driver.. Semualah." Pujuk mummynya lagi. Hish, budak nikan. Susah betollah.
Rumah? Maksudnya, aku dengan dia kena.. "Kitaorang kena sebumbung ke?" Mummy dengan daddy nya mengangguk.
Xora pengsan. "Eh, Xora !"
Liam terasa ingin pengsan dengan apa yang didengar tadi. Rasa macam tak percaya je. "Seriously? Liam rasa macam tak percaya je. Betul ke yang lagi dua minggu? Kena kahwin dengan Xora tuh?"
Dato Amri dan Datin Yantie mengangguk. "Angah jangan nak buli dia lepas kahwin nanti."
Kcing! Keluar satu idea dikepala Liam . Dia tersengih. "Don't worry mama. Liam akan jaga dia elok elok. Liam akan sayang dia.."
"Baguslah kalau macam tu."
"Hem, jomlah makan. Nanti sejuk pulak lauk tuh. Buat penat je mama masak tadi." Ajak Datin Yantie .
Hem, tunggulah kau nanti Xora .. Tunggulah kau.
"Math, done. Sains? Done. Okeylah. Sekarang, nak makan." Xora memasukkan buku bukunya didalam beg. Almaklumlah, spm lagi berapa bulan je.. Kenalah study hard.
Tiba tiba dia terdengar seseorang berdehem. Dia berpaling. "Eh, Azhar ! Awak pon stay back ker?" Azhar tersenyum.
"Haah. Tapi saya study kat dewan tuhah. Awak seorang jeke?" Azhar melabuhkan punggungnya disebelah Xora .
"Eh, taklah mana Ade seorang.. Saya dengan Wawani tadi. Tapi dia kata nak pegi beli air dekat mesin sana tuh." Xora ternampak ade dua bungkusan makanan ditangan Azhar .
"Awak makan dua dua tuker? Banyaknya. Awak tak makan ke pagi tadi? Rajin awak belajar ye."
Azhar tergelak. "Saya memang rajin.. Tapi saya taklah rajin makan dua dua nih. Actually, satu lgi ni untuk awak.. Awak mesti laparkan?"
Xora tersenyum. Macam tahu tahu je. "Thanks ."
"Welcome.. Saya tahu awak lapar. Lagipon, saya ade duit lebih tadi. So, saya belikan untuk awak sekali." Katanya.
Wow. Dia tahu.. Piweet. Powerlah. Kalaulah dia ni bakal suami aku.. Mesti kat sekolah and kat umah berkepit je. Herm, bestnya! Xora mula berangan. "Herm, awak kata awak tahu yang saya lapar. Macam mana awak tahu? Awak ade power jenis ape?"
Azhar tergelak. "Haha, apalah awak ni. Saya ni manusia biasa macam awaklah. Saya mana ade power.. Saya tahu ni sebab, tadikan awak study.. Lepastu mesti awak rasa lapar. So, saya belikanlah awak nasi ni."
"Ouh,.. Baguslah awak ni. Fikirkan orang lain jugak. Bagus!" Bangga Xora . Azhar tergelak.
"Erm, Xora .."
Eh, tetiba je ni. Kenapa pulak ni? Xora pelik. "Kenapa?"
"Saya nak cakap sikit boleh tak?"
Xora pula tergelak. "Alah awak ni, cakap jelah.. Kenapa?"
"Erm, sebenarnya...."
"Sebernanya??"
Belum sempat Azhar nak cakap, tiba tiba Wawani potong. "Ehem,. Sembang tak ajak.." Azhar dan Xora memandang Salwa.
"Ape? Ouh, aku salah waktu ker? Sorilah. Takpe, korang boraklah dulu. Aku beli donat kejap." Wawani mengundurkan dirinya. Tidak mahu mengganggu Azhar dan Xora .
"Ape awak nak cakap tadi? Wawani tu kacaulah."
"Erm, takde apalah. Saya.. Tak jadi nak cakap. Herm, saya.. Pegi dululah. Lagipon Wawani dah sampai tuh." Azhar beredar dari situ sebaik saja Wawani kesitu.
Xora memandang tepat pada anak mata Salwa. "Apa?"
"Kau tahu tak kau kacau tadi? Kalau tak, aku dapat tahu apa yang dia nak cakap tau. Kau ni potonglah!" Marah Xora . Wawani mencebik.
"Manelah aku tahu. Lain kali kau letak sign board. 'Jangan mengganggu kami untuk berdua duaan'. Lain kali letak tau. Biar semua orang termasuk aku. Tak kacau kau." Giliran Xora pula mencebik.
"Yelah, next time.. Aku buat macam tuh. Nanti aku suruh daddy aku buatkan."
Xora membuka bungkusan nasi goreng itu. Ya Allah baunya.. Sedap yang amat! "Pakwe kau bagi eh?"
Pakwe? Sejak bila Xora ade pakwe?? "Siapa pakwe aku tuh?"
"Siapa lagi? Azhar tadilah. Hish kau nih.. Buat buat tak tahu pulak dah.."
Xora mengetuk kepala Salwa. "Kau ni jangan nak merepek ye. Ni memang dia bagi. Kenapa? Jealous?!"
Wawani menggeleng. "Takde masa aku nak jeles dekat kau."
"Erm, Salwa. Esok hari ape?" Tanya Xora tak masuk akallah soalan tuh. Wawani buat buat berfikir.
"Hari ape eh?? Hari Rabulah! Kau ni.. Kenapa kau tanya? Tak tahu hari dah ke?"
"Takdelah. Saje tanya.."Lagi seminggu aje. Ya Allah, masa berlalu dengan cepat. Aku tak bersedia lagi. Ape kata Husna dengan Wawani kalau diaorang tahu semua nih? Siapa lelaki tuh? Siapa bakal suami Xora itu?
Share this novel