BAB 2

Drama Completed 576

Sudah hampir tiga minggu Xora bersekolah disitu. Apa yang dia buat semua tak kena, ada je yang tak puas hati. Hampir setiap hari dia kena buli denganLiam And The Geng. Muka je nampak baik. Tapi aptitude failed! Nasiblah pandai. "Weyh Ara, sini sikitlah.Liam And The Gang nak buat catwalk tuh. Kalau kau tak bagi laluan, mati kau kang." Husna menarik tangan Xora . Xora berkeras.
"Hish, sabarlah. Aku nak ambik balance nih." Xora meminta baki duitnya dari makcik tadi.
"Woih minah! Kau tak reti nak ketepi ke hah?!" TanyaLiam dengan kasar.
Xora berpaling kebelakng. Mamat ni lagi. Dah muak aku gaduh dengan dia ni. Takde orang lain ke. Boring. "Hah? Apa tadi? Aku tak dengarlah. Yelah, aku tengah busy membeli kan.."
Liam mengetap bibir. Ouh, kau cabar aku ya! "Aku cakap, kau tak reti nak ke tepi ke? Ke.. Kau nak aku ajar kau?!"
"Hah? Tolong ketepi? Tak kot.. Tapi! Aku boleh ketepi kalau kau reti nak beratur. Kau ingat kantiƱ nih bapak kau punya?"
Liam tergelak. Ameer dan Darith turut tergelak. Ikut ketua dialah tu. "Hei minah! Aku rasa, budak darjah satu pon faham bahasa tau. Kau ni tak sekolah ke? Ataupon, kau ni ketinggalan?"
Ade segelintir pelajar yang berada di kantin itu ketawa. Ade juga yang diam. Xora tersengih.
"Hei gila! Aku rasa, budak enam tahun pun reti beratur. Kau yang dah form 5 ni takkan kau tak reti beratur? Kau tak sekolah ke? Or.. Kau ni ketinggalan zaman?" Amboi ayat! King!
Semua pelajar yang berada dikantin tidak mahu terlepas drama yang tak berapa nak romantik itu. Semua rajin memanjangkan leher.
Ameer dan Darith tergelak. "Weyh, kau baik pilih Xora nih. Mulut dia lagi laser dari Dayana kau tuh. And she's cute." Bisik Farid.Liam memberi jelingan maut percuma buat sahabatnya itu. Darith terus tertunduk.
"Eh budak! Kau blah boleh tak?" Xora menggeleng dengan slumber. "Taknak."
Liam mengetap bibir. Kau ni.. Memang buat aku gila. "Oh, kau taknak pegi.."Liam tersenyum sinis.
Liam terus mengecimpung tubuh kecil Xora itu. Semua terkejut termasuk Xora sendiri. He must crazy! Xora memukul lenganLiam yang berotot itu. "Turunkan akulah!"
Semua pelajar perempuan yang berada dikantin terkejut. Tak pernah pernah Liam buat keje gila macam tuh. Nak pegang tangan girlfriend dia sendiri pon tak pernah! Lagi dengan Xora . Perbuatan Liam itu membuatkan Zuliz marah. Kalau Zuliz nak berpegangan tangan dengan Liam , ade aje alasan Liam cakap. Bukan muhrimlah, itulah, inilah.. Macam macam!
"Hish, gilalah."
"Seriously dia angkat budak baru tuh!"
"Boleh tahan doh citer diorang nih."
Berasap asap telinga Zuliz mendengar bisikan dari orang ramai. Lagi berasap mata dia melihat aksi mereka itu! "Hish! Jomlah." Zuliz menarik Ilya dan Marisa. Tak tahan tengok drama tuh!
"Kau tahu tak kau buat benda nih haram! Sampai tersentuh kulit aku yang cantik lagi gebu nih!" Omel Xora .
Liam membuat mata keatas. Menyampah dengar si pendek tu membebel. Macam mak nenek! Rasanya, nenek pon tak membebel macam tuh!Liam membawa tubuh kecil itu kepadang.
"Eh, kau nak buat apa nih?!"
Ade sesetengah murid pergi mengikuti mereka untuk menonton drama itu.
"Ni balasan untuk kau."Liam senyum sinis. Dia terus menjatuhkan Xora di atas tanah padang yang lembap dan basah itu. Habis baju kurung sekolah Xora basah lencun Dan kotor. Xora terasa sakit dibahangian punggung. Husna dan Wawani terkejut. Ameer dan Darith berasa kesian dengan Xora yang kena buli olehLiam itu.
"Kau ni dah gila ke Liam ?!" Tengking Azhar . Alamak! Geng Azhar sampai lah pulak!
Liam berpaling. Dia mengangkat kening sebelah. Gila?Liam tersengih. "Kau sibok pahal? Kau tak payah nak masuk campur boleh tak?! Ni, hal aku dengan minah ni. Kau, blah."
Xora terbangun. Alamak, ni sekor ni pahal pulak.. Menyesal aku sekolah dekat sini. Xora mendengus perlahan.
"Eh, kau ingat eh! Xora ni, aku punya.. Kau tak boleh buat ape ape. Sekarang ni, aku nak.. Kau blah! Blah la!" Tengking Azhar lagi. Azhar menarik tangan Xora . Xora membelakanginya.
"Ouh, sebab Xora punya je aku tak boleh buli dialah?!" Belum sempatLiam beri penumbuk dekat Azhar , tiba tiba cikgu Aqisha datang.
"Woi woi woi! Pahal ni gaduh gaduh?! Sekarang dah habis rehatkan?! Kenapa tak masuk kelas lagi? Nak gaduh lagi? Nak gaduh, bukan dekat sini! Ni sekolah! Bersurai. Bersurai sekarang! Masuk kelas!" Tengking Aqisha .Liam menjeling kakaknya itu. Aqisha memberi pandangan bermakna pada Liam . Siaplah kau balik ni Liam ...
Semua beransur masuk ke kelas. Azhar meninggalkan Xora disitu. Geng Azhar dan Liam And The Geng ditarik ke bilik disiplin. "Awak okey tak Xora ? Baju awak Kotor nih." Tanya Aqisha .
"Saya okey. Cuma, baju ni dah kotor.. Macam mana saya nak belajar nanti?"
Aqisha berfikir. "Erm, jom. Sebab sekolah ade sediakan baju spare." Xora mengangguk tanda okey.
"Boleh jalan tak? Takpe, biar cikgu tolong ye." Aqisha memimpin Xora . Husna dan Wawani turut membantu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience