BAB 4

Drama Completed 576

Datin Yantie dan Puan Shahila berfikir. Herm, sesuai ke tu dengan Xora ? "Okey tak, mummy? Mama?" Tanya Xora sambil berpusing pusing. Syok pakai gaun nih.
"Herm, tak." Kata Puan Shahila. Xora memuncungkan bibirnya. Ni dah masuk ke lapan kali dia try baju. Semua cantik. Apa lagi yang kurang??
"Ara, you tak sesuailah dengan baju jenis macam nih. Sebab ade labuci labuca labucu.. Er, what everlah." Komen Datin Yantie .
"Then, ape yang sesuai dengan Ara?"
"Herm,.. Try yang ni. Sebab dia tak banyak sangat labuci labuca tuh." Datin Yantie menghulurkan gaun nikah itu kepada Xora .
"I hope last."

15 minit kemudian...

"Mama, mummy." Serentak mereka berdiri. Tergoda dengan kecantikan gaun yang disarung pada tubuh kecil Xora itu. Orangnya tak ker?
"Wow, you look so gergous beauty!" Puji Datin Yantie .
"Yes! Akhirnya! Jumpa jugak baju yang sesuai!" Puan Shahila berasa lega. Xora turut berasa lega. Kalau ni pon tak sesuai, kejap lagi kalau try lagi.. Dah masuk ke 10. Banyaknya!!
"I want this." Kata Puan Shahila pada pekerja perempuan itu. Dia mengangguk.
"Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Nasib baik diaorng nikah je dulu. Sanding tahun depan. Kalau tak, busy lah kita ye." Datin Yantie berasa lega apabila semuanya dah selesai.
"Itulah, lega sangat. Kalau boleh tahun depan nak kahwinkan si Ameerul sekali. Senang." Kata Puan Shahila. Senang terus kahwinkan dua dua. Habis tanggungjawabnya. Tapi dia tetap menjaga dan memerhatikan anak anaknya itu.
"Apa kata kita kahwinkan Ameerul dengan Aqisha ? Kan senang." Cadang Datin Yantie . Puan Shahila Cuba berfikir. Herm...
"Betul jugakkan! Senanglah keje kita. Almaklumlah, kita ni anak ade dua je. Sepasang lagi tuh."
"Amboi, seronok ye berborak.. Borak ape tuh?" Xora melabuhkan punggungnya disebelah mummynya.
"Takde apelah. Ouh ye. Kamu taknak tengok gambar bakal suami kamu tuker? Tak teringin nak tengok? Sebab mama ade gambar dia nih." Tanya Datin Yantie . Xora menggeleng.
"Alah, lusa aje nak kahwin.. Nanti dapatlah tengok muka dia. Kalau dia hensem sesangat, nanti Ara nak tatap muka dia puas puas." Kata Xora .
Datin Yantie dan Puan Shahila tergelak. "Yelah, Ara tataplah muka dia puas puas ye.."
"Mummy harap sangat Ara akan bahagia dengan dia.. Mummy doakan Ara dengan dia happy sampai bila bila. And mummy harap hubungan korang kekal sampai ke Jannah." Doa Puan Shahila. Datin Yantie mengangguk.
"Mama harap anak mama tu akan jadi suami yang terbaik untuk Ara. Kamu jangan gaduh gaduh dengan dia. Cakap baik baik. Jangan jadi derhaka. Okey?" Nasihat Datin Yantie . Oh, terharunya dengar!!
Xora mengangguk. "Ara janji! Ara janji, akan jadi isteri yang terbaik, Ara janji akan bahagiakan dia. Ara janji, yang Ara tak akan derhaka dengan bakal suami Ara. Ara janji.. Ara tak gaduh dengan dia. Ara janji, Ara cakap baik baik dengan dia. And, Ara janji.. Ara jaga hubungan kitaorang sam...pai ke Jannah. Ara janji." Xora berikrar.
Xora terfikir. Boleh ke aku? Bersediakah aku? Boleh ke aku cinta dia? Terharu Datin Yantie dan Puan Shahila mendengar. Sejuk hati.
"Janji ya? Jangan hampakan kami. Kami harap sangat inilah yang terbaik untuk kamu berdua." Xora mengangguk laju. Dia memeluk mummy dan mamanya.
Boleh ke aku? Layakkah aku untuknya??

Kiri. Kanan. Kiri. Kanan. Kiri. Kanan. Kusut Xora ! Xora takboleh berhenti berfikir. Dup dap dup dap! Berdegup degup jantung Xora . Dah macam kereta api!
"Woih, berhentilah! Kau ni.. Aku sepak kang!" Marah sepupunya itu. Dari tadi kehulur kehilir. Non stop!
"I can't stop! Aku takut!!"
"Hish kau nih, kau kena relaks. Kau kan dah janji dengan Maksu dengan Datin.." Pujuk Qhaireen. Qhaireen tarik Xora duduk diatas kerusi.
"Yeah, but not ready yet! Aku takutlah. Kau gantikan tempat akulah. Aku nak lari. Aku bukak baju ni.. Kau pakai. Okeyh?" Xora menjadi gila. Dia semakin buntu.
"Xora , kau jangan buat kerja gila Xora . Lagi 8 minit je weyh.. Kau kena rileks okey.. Kau tak boleh macam nih. Berzikir dalam hati. Jangan hampakan orang tua kau. Aku tengok maksu tu happy gila tadi. Kau jangan buat dia sedih pulak. Kesian dia. Dia nak tengok kau bahagia beb. Aku, as your cousin, nak tengok kau happy jugak. So, tolonglah. Tolong jangan hampakan diaorng." Qhaireen memegang kedua dua tangan Xora .
Xora baru tersedar. Dia sedar yang dia kini di alam nyata. Bukanlah khayalan. Bukan cerita novel atau drama. Ini realiti.
"Kau kena buat. Kejap lagi kau jadi tunang orang and malam ni.. Kau jadi isteri orang.. Kau, boleh. Aku tahu kau boleh." Xora memeluk Qhaireen.
"Thanks,. Sebab kau bagi aku kata kata semangat."
"Ala, Takde ape sangatlah. Dah. Lap air mata kau yang jatuh tadi tuh. Mekap kau cair. Pandai pandailah kau betulkan. Lagipon kau kan selalu pakai mekap, so mesti kau reti betulkan mekap tuh." Qhaireen menghulurkan tisu.
Tok! Tok! "Xora dah siap?" Xora mengangguk.

2.40 pm

Perlahan lahan Datin Yantie menyarungkan cincin di jari Xora . Air mata beransur membasahi pipi Xora . Sedihnya, dah jadi tunang orang.. Bukan air mata gembira, tapi sedih!
Senyum Xora senyum! Xora memaksa dirinya senyum. "Tisu." Bisik Xora ditelinga Qhaireen. Qhaireen menghulurkan tisu padanya.
Ckik! Ckik! Satu satu gambar yang diambil. Jadi kebas mulut Xora nak kena senyum je dari tadi.
Hanya saudara mara terdekat saja dijemput hadir dimajlis pertunangan dan pernikahan mereka. Almaklumlah, perkahwinan Xora danLiam tidak diketahui ramai.
"Ara, sini kejap." Panggil Puan Shahila. Xora membuntuti mummynya ke dapur.
"Kenapa mummy? Ade problem ker? Mummy nak batalkan pertunangan ni? Xora okey je."
"Heys, bukanlah! Mummy saja panggil.. Kamu ni, pikir bukan bukan aje."
Ala, bukankah.. "Habis, dah kenapa tiba tiba mummy panggil ni? Ade hutang?" Xora berpeluk tubuh.
Mummy memegang kedua dua tangan anaknya itu. "Anak mummy dah jadi tunang orang dah.."
"So? Mummy memang nakkan?" Xora memandang tempat lain.
"Xora , please. Janganlah macam ni, Ara dah janjikan.. Please okey? Mummy cuma sedih je. Lepas ni takde sape nak teman mummy pegi shopping, tengok movie.. Mummy seorang lah.."
"Padanlah muka. Sape suruh Xora kahwin."
Puan Shahila mendengus perlahan. Hesh, budak nih.. "Hish, susahlah nak cakap dengan Ara nih."
"Dah tahu susah tu, jangan cakap dengan Ara!" Xora terus meninggalkan mummynya. Puan Shahila merengus.
"Hish! Sanalah!"
Qhaireen pelik. Dah kenapa dia ni? Marah tiba tiba. "Kenapa tu?" Tanya Qhaireen.
"Merajuk.." Jawab Puan Shahila dengan sedikit kesal.

8.50 pm

"Adoi! Akak ni, pakaikanlah tudung tu betol betol. Sakit tau. Sampai kena pin tu dekat kepala saya tau." Marah Xora . Semua pelik. Siang tadi okey aje. Malam ni tiba tiba nak marah je. So weird.
"Woih, kau ni dah kenapa asyik memarah je hah? Period ke? Kalau kau period, kesianlah suami kau malam nanti." Gelak Qhaireen. Xora memberi pandangan tajam. Kentut kau aku period!
"Erm, belum siap ker? Lagi 10 minit je nih." Risau Puan Shahila. Yelah, dia takut anaknya itu buat masalah. Almaklumlah, budak taknak kahwin.. Ade aje alasan dia.
"Belum." Jawab Xora datar. Puan Shahila mengeluh. Dia marah lagi.
"Cuma tinggal nak betulkan tudung je nih, Puan. Mungkin mengambil masa 2 minit." Kata Suraya.
"Herm, kalau macam cepat cepatlah ye. Semua dah bersedia tuh." Suraya mengangguk lalu dia menyambung membetulkan tudung Xora tadi. Kalaulah Xora tak buat perangai, takde jadi macam nih.
"Okey, done! Kau sini. Dengan aku. Jangan nak lari." Qhaireen menarik tangan Xora . Xora dari tadi asyik berfikir. Siapa bakal suami aku tu? Tua ke muda? Hensem ke hodoh? Tinggi ke rendah?? Haraplah dia tak miang. Ya Allah, apelah yang bakal terjadi malam nanti. Xora bergigil gigil. Nervous!
"Wah, cantiknya Tuan Lehana Exora kita nih.. Sori ye Liam , puji bakal isteri awak." Puji Qayyum iaitu MC majlis pernikahan Xora dan Liam . Semua tergelak.
Xora berjalan ke pelamin diiringi oleh Puan Shahila dan Qhaireen. Baju nikah yang tersarung di tubuh Xora menarik perhatian orang ramai. Cantik sangat! Orangnya pon cantik jugak.
Xora tidak nampak bakal suaminya itu dengan jelas. Iyelh, wajahnya ditutup oleh kipas yang dipegang oleh sepupunya iaitu Maya dan Qhaireen. Buat penat je mekap cantik cantik pastu kena tutup pulak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience