BAB 10

Drama Completed 576

"Kau tidurlah atas katil. Aku tido kat sofa nih." Kata Xora sambil mencapai iPhone miliknya.Liam berkerut dahi. Macam ni ke gaya isteri jaga suami? Haduh, aku kena fikir nih!
"Kau tidur sofa? Tak demam ke? Sebab Mummy kata kalau kau tido sofa, bukan atas katil.. Nanti kau demam. So, baik kau tido sebelah aku nih. Takdelah kau sakit. Lepastu, kesian aku nak kena jaga kau."
Xora mencebik. Ei, geramnya! Semua benda mummy bagitahu dia! Biarlah kitaorang kenal diri masing masing lepas kahwin! Baru macam drama!
"Aku demam takpe. Tak seteruk kau nih! Sakit sikit jepon! Itu pon dah mengada ngada!" Xora melabuhkan punggungnya diatas sofa.
Aduh, tak berjayalah pulak! Ah.. Plan B! Pikir Liam , pikir! Hah!Liam mengambil bantalnya lalu berjalan kearah Xora .
"Eh, nak ape nih? Bagi bantal ni dekat aku? Okey, thanks.."
"Bukanlah, aku nak tidur dengan kau!"
Hampir terkeluar mata Xora dengar ape yangLiam nak tadi. Aduyai dia ni.."kenapa pulak? Nanti kau tak selesalah! Tidur atas tu!"
"Kan aku dah kata, aku nak tido dengan kau. Tak kesahlah selesa ke ape.. Janji, dengan kau." KataLiam lalu mencubit lembut hidung Xora . Xora rimas.
Aduh,.. Terpaksalah Xora mengalah. Kalau tidak, lewatlah mereka sampai ke bulan. "Okeyh, tidur dengan aku. Tapi, atas katil ye? Sini sempit. Dengan bau kau yang busuk, lagi hapak ni!" Xora mengambil bantalnya lalu terus baring keatas katil dengan laju. Xora menutup tubuhnya dengan selimut. Malaslah layan si zirafah tu!
Liam tergelak perlahan. Yes! I did it! Yahuuu..Liam lompat naik keatas katil. "Tak payah lompat-lompat.. Kaki kau sakitkan? Aku patahkan kang!"
"Yelah yelah."
"Lusa kita balik rumah mummy tau. Sebab lusa ni abang Ameerul balik dah." Xora duduk sambil memandang Liam .
Baik umah mummy? "Balik sana? Herm, okeyh. Lepastu, balik rumah mama. Okeyh? Deal?"
Xora gembira. "Deal!! Okeyh, esok kita packing baju okey? Tapi, bawak beg asinglah. Kau, kau. Aku, aku. Okeyh, bye."
Xora terus terbaring.Liam hanya menggeleng perlahan. Budak.. Budak..

Pin! Pin! Pak Mail menghonkan kereta mewah itu. Saje, nak buat isyarat yang mereka sudah tiba disana.. "Eh, diaorang dah sampai tu!"
Ameerul membuka kuak pintu utama rumah banglo mewah itu. Xora melambai lambaikan tangannya pada mereka dari dalam. "Eh, mama dengan papa adelah weyh! Diaorang mesti datang sebab nak tengok abang Ameerul!" Riang Xora .
"Haahlah. Yelah tu."
Xora membuka pintu kereta mewah itu. Xora berlari lalu memeluk erat mummynya. "Ya Allah dia ni.."
"Perangai macam budak budak. Sama je macam 5 tahun lepas. Ingatkan ade beza, tapi sama je."
Xora mencubit lengan abangnya itu. Baru sampai dah carik pasal. Ameerul menjelirkan lidah pada Xora . "Hai, Liam ! Lama tak jumpa kau nih! Makin hensem ye!"
Liam tergelak. Dia membetulkan rambutnya. "Mane adelah, biasa je." Ececeh, malu konon.
"Biasa? Yeke? Abang tengok kat instagram, twitter kau penuh gambar kau dengan si Xora kenit tu."
"Ala, kitaorang kat rumah bukan buat ape pon.. Tujelah keje kitaorang kat rumah."
"Liam ! Ameerul! Mai lah masuk! Panas berdiri kat luar tu!"
"Yalah mummy, nanti kitaorang masuk!" Ameerul menyahut.
Semua orang duduk diruang tamu. Berbual bual sakan. Dipenuhi dengan gelak tawa, gurau senda... "Weyh, bagi aku air tu." Minta Xora .Liam menghulurkan air itu kepada Xora .
Semua memandang Xora . Xora yang mahu minum pon dah tak selesa. Apehal diaorang ni? "Ape?!"
"Korang ni ber aku kau ker?" Tanya Ameerul. Xora danLiam mengangguk.
"Astagfirullahhalazim.. Kamu berdua dah kahwinlah.. Mana boleh macam ni! Cuba tukar sikit. Abang, sayang ke.. Biy, sayang ker.. Awak, saya ker.. Ni, aku kau?!" Ujar Datin Yantie .
Xora danLiam membuat muka geli. Sayang, abang? Biy, sayang?! Nak muntah rasanya.
"Hish mama ni. Agak agaklah sikit! Geli lah ma."Liam membuat lagi muka geli. Datin Yantie dan Dato Amri pandang antara satu sama lain.
"Geli apenya? Mama dengan papa okey je. Ber abang sayang? Over benorlah koranglah."
"Alah, sekarang ni memanglah geli. Nanti dua tiga hari nanti.. Dah takde dah geli geliman.. Makin sayang menyayangi. Orang pulak yang geli." Kata Ameerul dengan slumber. Xora mencubit pahanya. Ingat sikit ya! Aku sebelah nije!
"Nantilah malam kitaorang fikirkan. Lagipon itu tak penting sangatkan? Janji, kitaorang ni ade perasaan cinta, sayang.. And now, kita enjoy!"
Puan Shahila mencubit paha Xora pula. Harini ade pertandingan mencubit paha orang ke? Xora mengusap pahanya. Aduh, sakitnya! "Banyaklah enjoy. Sebelum ni tak cukup enjoy ker? Kamu jangan nak mengada ye. Kamu berdua ni dah kahwin. Bawak bawaklah berubah.. Tolonglah berfikiran matang."
"Kamu berdua ingat selama lamanya boleh enjoy? Tak! Mane ade! Kamu kenalah fikir tentang masa depan! Anak, keluarga.. Pelajaran kamu berdua lagi." Sambungnya lagi.
"Betul tu! Daddy ingat bila kamu berdua ni dah umur macam ni, dah berfikiran matang dah! Tapi, kenapa?! Kenapa jadi macam ni? Still perangai macam budak budak!" Marah Tuan Syariffudin. Dato Amri mengangguk.
"Papa setuju tu. Papa pon ingat macam tu! Lagi susah nanti kalau kamu nanti dah lepas SPM. Dua dua buat hal sendiri. Aku pegi situ, kau pegi sana. Bagus sangat kalau jadi macam tu. Masing masing nanti lupa status sendiri yang dah berkahwin."
Xora danLiam hanya menunduk. Ameerul pula hanya mendiamkan diri. Kalau menyampuk kang, ade yang kena baling periuk. "So, fikir fikir kanlah ye. Mama taknak jadi semua tu. Mama fikir, kamu berdua jadi lebih baik. Perangai berubah.. Mama dengan papa dah bincang dah. Yang kitaorang nak, tahun depan kami ade cucu."
Cucu??! Xora pengsan. "Ya Allah, Adek!" Terkejut beruk semua orang. Susah sangat ke permintaan tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience