"Amir?.." Riak percaya antara tidak di wajah milik Aira. Air passion fruit disedut sedikit. Pandangannya beralih seketika.
"Hi Aira.. sorry ganggu awak.. apa kabar sekarang.." Ramah Amir lalu mengambil tempat menghadap Aira.
Muka Aira membahang sedikit. Maklumlah.. Ex jumpa ex? Lagi-lagi dia meninggalkan Amir begitu saja.
"Sihat.." Ujar Alia perlahan.. Straw minuman dikacau. Amir melihat kelakuan Aira namun apa yang menarik perhatiannya. Aira nampak jelita berbanding dahulu. Nampak wajah persis keibuan di wajah Aira dengan pakaiannya seakan ibu mengandung, Perut Aira ditenung. Amir termangu.
"Are u....?" Soal Amir pelik.
Aira mengeluh kemudian mengangguk..
"Anak sape?" Soalnya tertarik.
"My husband la.. kenapa awk tanya? so how about u pulak? bukan dlu beriya ke nak bertunang?" Ujar Aira sedikit keras.
"Errk.. Garangnya.. Tak baik garang sangat..effect baby.. kan syg?" Kata Amir sambil menumpu matanya ke arah perut Aira.
"Aish.. Apa la.. Awak buat apa kat sini..?" Aira menukar topik, tidak selesa.
" saya nk jemput awak.. datang majlis saya.. nanti saya nak bertunang langsung kahwin terus..btw, tahniah.. brape bulan tu?" Amir menatap perut Aira. Ya, dia seakan seronok mengetahui Aira mengandung. Acah je! bukan anak dia pon!
"7 bulan.. " Aira bersuara sambil membelek kad undangan yang diberi Amir.
"suami awak?.." Soalnya. Aira semakin rimas. Apabila disoal suaminya dimana dia menjadi bingung.. Dia pun sendiri tidak tahu mana suaminya.
"Awak.. ada apa-apa ag ke? kalu xde.. saya balik dlu?" izin Aira lemah. Amir sedar emosi Aira mula terganggu lantas memujuk. Silapnya terus melulu menanya. Ops! Orang mengandung kan.. pepelik je emosi..Fuh!
"Nanti jangan lupa datang..jemput suami sekali okey?" Perbualan ditutup setelah Amir menjawab satu panggilan lantas meninggalkan Aira.
Aira merasa sebak. Terasa seperti orang bodoh. Membawa perut namun bersendiri walaupun berstatus isteri orang. Senyuman pedih terukir di bibirnya. Airnya yang separuh disedut.Pahit.
--------------------
Pintu rumah dibuka. Terasa lenguh kakinya. Aira menyandar kan tubuhnya di sofa. Emosinya memberontak. Terkilan dengan soalan Amir seketika..
"Mana suami?" terngiang di telinganya. Sederas derasnya dia menangis. Teringat pula kata- kata suaminya sejenak.
"Abang janji akan jaga Aira.. Jaga anak kita.. Nanti kalau Aira pregnant..Abang x la naik kapal..teman Aira..semuanya la Abang buat.." Ujar Izzat sambil mengangkat tangan nya tinggi tanda sumpah. Aira gelak halus melihat suaminya dan mengangguk lega.
Tetapi..apa yang berlaku sekarang? Dia hadap semuanya sendiri..
Rindu membuak.. Aira perlukan Izzat..
"Abang!! Mana Abang!! Aira perlukan abang!! Abang.. Abangg..." Teriak Aira dengan desah nafasnya.. Kepalanya yang berdenyut terus diletak atas bantal. Sofa menjadi tempat dia melepaskan lelah.
"Allahuakbar..Allahuakbar..." Itulah kekuatan yang Aira perlukan.. Diucapnya tanpa henti sehingga dia tertidur tanpanya sedar. Tangannya erat menekap perutnya yang makin membesar.
---------------------
Seminggu Aira ditahan wad.. Pendarahan teruk berlaku, Dia tidak sengaja tergelincir sewaktu masuk ke dalam tandas.
Aira merenung lama cincinya. Airmatanya turun laju. Ibunya dilihat..
"Aira.. duduk dengan Ibu.. Ibu leh jaga Aira.." Pujuknya.
"Takpe la ibu.. Aira biasa dah takde suami jaga.. Aira kerja kan ibu. Banyak kerja tak siap ag..nanti bos bising.. " Aira menutup matanya sambil bicara. Airmatanya mahu keluar sedaya upaya ditahan. Dia kuat, kuat....
"Aira.. Dengar cakap ibu nak.. kalau Izzat ada..mesti Izzat suruh perkara yang sama.. Kirimkan Aira pada ibu..jaga Aira.. Aira melampau tak bagitahu ibu Aira mengandung. 7 Bulan Aira.. Aira ni sombong.. Fikir semua nya Aira buleh tanggung sendiri.. Aira tak kesian dengan ibu? Iz pula?" Aira masih membeku.. Airmatanya deras mengalir tidak dihiraukan. Apa lagi salahnya kali ni.. Ye.. salahnya..semua salahnya..
"Entahlah ibu.. Sekarang ibu tahu kan..Apa Aira hadapi? Masih juga kan..banyak salah Aira ni.. Aira ni bawak masalah.. Badi untuk orang sekeliling Aira. Aira memang tak guna.." Aira memaki dirinya sendiri. Tubuh lemah milik Aira dirangkul erat oleh Ibu. Anaknya perlukan dia. Aira seakan berputus asa.
Pelukan erat dan belaian halus di rambut Aira menenangkan Aira seketika. Aira tertidur. Puan Halimah melihat anaknya. Izzat, tiba masa kau pulang..
--------------------
"Kalau Iz pulang sekalipun, Aira bukan isteri dia lagi.. Satu nafkah pun xde.. lebih 3 bulan dah.. Ibu pulak tiap2 bulan uruskan Aira.. bukan dia.. So? kami ni apa bu?" Omel Aira sambil melipat baju.
Puan Halimah memandang anaknya. Satu senyuman terlintas. Dia tahu anaknya sakit. Satu hari, semuanya akan terbongkar jua..
Genap kandungan 8 bulan, Aira mengambil keputusan pulang ke rumahnya dan izzat. lama pula tidak dijengah. Setelah dia keluar dari wad, dia terus mengikut ibu ke kampung.
Lampu dibuka, Langkah diambil..menapak perlahan ke ruang tamu. Perjalanan sejauh 2 jam memang menempah maut rasanya. Pinggangnya terasa sengal kerana lama memandu. Kaki pula lenguh. Perutnya diusap. Lasak anaknya sekarang.
Bertambah lasak, dia mengandungkan pula si kembar. Izzat memang mempunyai gen kembar kerana ayahnya kembar. Cuma tidak kesampaian pada adik beradiknya. Nasib pula pada cucu.
Aira tertawa merasa pengerakan kembar dalam perutnya. Kadang-kadang menendang, bahagianya rasa, tidak sabar melihat kembar.. Matanya panas..hatinya sebak.. Izzat masih tidak pulang..sedangkan.. dia hampir mahu melahirkan..
"Sayang Umi... nanti.. jaga umi... umi takde sape2..Doalah.. baba ada..jaga kita..ye syg.." Ucap Aira diiringi sedikit esakan. Tabahnya Aira.
------------------------
Satu kertas lama dibuka.. isi-isi di dalamnya dibaca satu persatu.. Air mata memenuhi ruang penglihatannya. Aira menjeling pula pada cincin yang tersemat di jarinya..
"abang... Aira minta maaf... Abang masih tak nak ampunkan Aira ke? sayang minta maaf abang..Abang.. Aira mengandung anak kita sayang..Aira tahu ini salah Aira kan.. Aira tak sempat nak beritahu abang, sekarang anak kita kan nakal sangat..Macam abang laa, abang.. Aira rindukan abang sangat...Aira akan jaga anak kita elok-elok..didik dia..sampai ke nafas Aira yang terakhir.." airmatanya mula deras menuruni pipi.
Kejadian yang berlaku terimbas di ingatan, segala galanya berlaku sekelip mata, airmata dilap dengan hujung jari. Sekali lagi.. tiap kali dirinya hiba..dia sendiri harus bangkit. Tapi sampai bila?
Walaupun di bibir katakan dirinya masih kuat..namun di hatinya hanya Allah yang tahu..betapa dia impikan suaminya di sisi..saat dia melahirkan anak.. membesarkannya bersama. Entah sampai bila..rajuk suaminya mula reda. Kembali ke pangkuannya untuk sekian lama.
Mungkin ini balasan kerana kepercayaan dijadikan satu alasan untuk menyakiti orang yang ikhlas bersamanya.
Langkah Aira memberat.. bagai tiada kekuatan namun digagahkan jua dirinya. Tapak kakinya terhenti apabila dia melihat satu wajah yang amat dirindui di hadapan. Surat digenggaman terlepas. kaki terpaku. Benarkah?
"Gedebuk!"
Aira tidak sedarkan diri. Pandangan mulai kabur dan akhirnya gelap.
---------------------------
Kepalanya terasa pening.. Aduhh! Sakitnya..
"Sayang? Meh makan ubat.." Suara seseorang memecah hening. Aira terkedu.. Suara yang amat dirinduinya.. Yang dia ingin ada disisinya..
Aira duduk di birai tilam. Memandang pergerakan seorang lelaki yang amat dikenalinya. Lelaki itu mengukir senyuman memandang Aira. Ubat dikupil kemudian dihulur pada Aira. Aira menggengam ubat tersebut.
Setitis demi setitis mengalir. Izzat seakan berbuat bagai tiada apa yang berlaku..seakan 8 bulan sebelum ini hanya lah mimpi ngeri sahaja.
"Sayang..makan ubat dlu..rehat..sokay abang ada.." Sekali lagi pujukan didengarinya. Ya, dia tidak bermimpi.. Izzat di hadapannya.
"Stop!" Suara Aira yang keras menghentikan tangan Izzat yang mengelap airmata isterinya.
" patut ke Aira marah abang? Patut ke Aira dihukum macam ni?" Soal Aira.
"Aira tak salah.. Abang rindukan Aira sangat-sangat.." Ujar Izzat lemah.
"Tipu.. Tipu..U are not.. I miss u too much..I need you here.. but.. " Kata- kata Aira bersambung dengan tangisan.
Kalau lah Aira tahu..Abang teringin sangat nak bersama Aira.. kata-kata Aira membangkitkan Abang..selama 8 bulan terapi dia tidak sangka dia mampu bangkit semula.. Dia menjalankan terapi ke luar negara. Oleh kerana kesan kemalangan dia separuh lumpuh namun dia tabah menjalankan rawatan. Aira seorang isteri yang baik. Mesej Aira tidak putus dihantar kepadanya. peti masuk penuh dengan mesej isterinya yang tidak dia baca.
Dia tidak mahu Aira mengharap. Kerana itu. Sehari sebelum tiba di Malaysia. 1479 mesej dari isterinya dibaca. Penuh tulus isterinya menunggunya.. Tidak jemu menghantar mesej. Semua aktiviti di beritahu. Kemana dia pergi..apa dia buat.. Tetapi.. berita Aira mengandung...
Share this novel