Aira yang terduduk di hadapan pintu merenung lantai dengan air matanya yang mengalir laju. Menunggu suaminya yang menahan kesakitan.
Hiba hatinya kerana dia sebagai seorang isteri dia tidak mampu menolong suaminya..
"Aira.." satu suara lemah menerpa gegendang telinganya. Wajah dipaling melihat suami yang disayangi dan dicintai.
"Abang... " Terpa Aira memeluk erat suaminya yang berdiri. Rambut suaminya yang tidak terurus disikat dengan jari jemari Aira. Raut suaminya kelihatan pucat dan lesu. Ya Allah.. ujian apakah ini..
"wahh... Malunya abang.. hilang macho abang kan..?" Ujar Izzat bergurau. Senyum melihat isterinya yang memandangnya sayu.
Esakan isterinya dipujuk. Belakang isterinya diusap. Menenangkan isterinya.
"Tak ada apa sayang..I m okay.." ujar Izzat tersenyum.
----------------------
"Kesakitan yang abang alami.. sejak abang kecik.. Banyak pembedahan da buat kat lutut abang. Badan kita bijak sayang.. Kesakitan yang dihadapi akan diingatinya. Tiada yang mampu abang lakukan. Abang pergi ke luar negara buat terapi. Pulang ke tanah air pula untuk kerja. "
Jelas Izzat sambil memegang erat tangan isterinya.
"Abang tak nak sayang nangis. Itu buatkan abang makin sakit sayang.. sayang janji keyh? sayang kena kuat..walaupun satu ary nanti.. Abang jauh dari sayang..walaupun sekejap.." Aira memeluk tangan suaminya.
"Aira akan tunggu abang selamanya pun Aira sanggup abang.. Aira tahu.. suami Aira kan keje kapal..idup kat laut.. kawan dengan sotong..ikan.." Belum habis Aira mengarut..
Habis hidung Aira ditarik. Menjerit Aira dibuatnya. Izzat tersengih melihat karenah isterinya. Izzat mengucup dahi Aira tanda terima kasih.
-----------------------
Izzat membuka skrin Iphone 6nya. Mesej dari nombor tak dikenali menarik minat Izzat. Peti masuk ditekan.
Terjengil mata Izzat. Tidak percaya apa yang dilihat. Izzat terkelu.. Perasaan nya berbaur..
6 keping gambar terpapar.. Keaiban apa ni?
'Aset' seorang wanita, Tubuh separuh bogel berwajahkan seseorang yang amat dikenalinya.
Izzat segera melangkah keluar dari biliknya. Taman yang dibina olehnya dan Aira dilihat sambil melabuhkan punggung di gazebo buatannya. Airmata lelakinya jatuh. Fikirannya serabut. Padanya dia perlu berseorangan tika ini.
Aira.. isterinya? curangkah dia... Apa kah itu silamnya?Izzat tidak kisah akan kisahnya yang lalu..Silam biarlah silam.. tapi jika seseorang ingin membuat isterinya terluka kembali.. Izzat mahu pastikan itu takkan berlaku..
Nombor yang tidak dikenali tadi dipandang sinis. Tahulah dia apa yang harus dia lakukan.
---------------------
"Encik Luqman!?" Satu suara keras memecah sunyi kawasan perumahan Luqman.
"ye ada apa encik?" Soal luqman dengan muka hairan.
salah satu anggota polis tersebut bicara lantas luqman digari.
Ternyata Izzat melihat kejadian tersebut dengan bersandar tubuh di keretanya. Luqman diheret masuk ke dalam kereta. Finally!
Izzat melaporkan hal tersebut kepada pihak polis, nombor tersebut dijejak lalu Izzat bertindak pantas menyerang lelaki tersebut. Soalannya.. Siapa dia pada Aira. ?
"Abang...!" Keluh Aira mengenggam tangan suaminya. Izzat yang baru sampai di rumah tidak memandang isterinya.
Dia mahu isterinya sendiri jujur tentang segalanya.
"Aira minta maaf kalau Aira buat salah dengan Abang.. Abang.. cakaplah apa salah Aira.. kenapa tak bagitahu Abang keluar.. Aira cari abang merata.. Abang..kenapa diam?" resah Aira.
"Entah lah awak..awak fikir lah.." Aira terkelu.. Awak?? Sejak bila suaminya berubah watak..
"Apa salah Aira kali ni? Apa abang!" lantang Aira. Marah dia apabila dilayan sedemikian..Tidak tahu apa khilafnya.
"entahlah.. Abang nak bersendiri.." Izzat melangkah masuk ke dalam bilik. Pintu dikunci.
Aira buntu seketika. Apa yang harus dia lakukan?
"Siapa luqman?" Izzat bersuara dari dalam bilik setelah pujuk rayu isterinya mengetuk kamar. Esakan isterinya kedengaran.
"Aira minta maaf.. tak ceritakan pada abang kisah lalu Aira.. Aira malu.." Aira terjelopok di lantai.
Pregnancy test di tangan menunjukkan dua jalur. Dia hamil. Senyuman tanda bersyukur, benihnya dan suami membesar di dalam rahim. Nak buat macam mana..rezeki Allah bagi awal.
Aira ingin memberitahu suaminya tentang kandungannya tetapi dia buntu..celaru..
Izzat membuka pintu bilik, tidak memandang langsung tubuh Aira di hadapan nya. Malah pergi meninggalkan Aira.
"Jujur dengan aku je.. sape Luqman tu pada kau?" Ujar Izzat keras. Pelbagai kemungkinan difikirkan di otaknya.
"Aira tahu.. Aira banyak kekurangan.. Aira pernah cuba bagi amaran pada abang. Tapi abang cakap apa? ye salah Aira kan abang.." Ujar Aira lemah..
"Aku tanya!! luqman tu sape!!!" Kali ini Izzat melenting. Separuh tubuh Aira mengigil. Suaminya baran.
Aira terpaksa ceritakan segalanya. Izzat nampak tenang seketika. Maaf bertubi keluar di mulut Aira. Kepala tertunduk dan bersimpuh atas lantai menghadap suaminya di sofa.
Izzat memandang isterinya. Kasihan Aira dijadikan tempat dia melepaskan marahnya. Izzat lega.. kerana itu hanyalah silam Aira.. difikirkan Aira mencuranginya.
Sengaja dia ingin rajuk dengan Aira. Bukan selalu dia dapat pujukan isterinya. Alahai Izzat, mahu disakat pula isterinya.
Kunci kereta dicapai. Izzat mahu keluar sebentar. Belikan makanan buat isteri. Setelah apa terjadi. Dia tahu Aira tidak memasak. Sedikit makanan pun Isterinya belum dijamah..
"Abang keluar kejap..duk umah elok-elok..kunci pintu ni..faham tak?" Lantas Izzat memandu keretanya setelah menasihati Aira.
Perasaan Aira tidak tenteram. Ya Allah..
Share this novel