BAB 9

Romance Completed 4631

"Assalamualaikum, Izzat.." Puan Halimah menelefonnya ketika dia habis menjalankan sesi terapi.

"Ye bu? " Izzat menjawab panggilan ibu mertuanya. Nombor telefon privacy nya hanya ibu mertuanya yang tahu. Tetapi dirahsiakan. Puan Halimah mengetahui keberadaan Izzat selama ini. Tetapi demi kebaikan Izzat dan Aira, dia terpaksa bersekongkol dengan menantunya.

Tidak sangka pula, Aira mengandung dan hal itu tidak boleh dibiarkan. Sebagai seorang ibu, Dia tak mahu perkara buruk berlaku pada Aira dan cucunya. Puan Halimah terasa kesal, Bingung dan khilaf kerana tidak menjenguk anaknya apabila Izzat tiada di sisi.

Puan Halimah sedar, Dia mula sibuk dengan persatuannya. Sedang dia pula berjawatan pengerusi. Aduh!

"Aira.. dia mengandung..kamu tahu itu izzat?" Ujar Puan Halimah lembut berbaur risau..

Izzat termangu. Terkejut. gembira.. tapi..

"Apa?! Tak ibu? Izzat tak tahu.. Aira mengandung anak siapa bu? Ibu!? Tolong jangan cakap..." Izzat mula gelisah, otaknya ligat menyangka pelbagai kemungkinan.

"Ehh!! kamu ni izzat! jangan sampai telapak tangan ni hinggap kat pipi kau.." Sergah Puan Halimah. Sedikit geram dengan menantunya.

"Maaf bu.. saya risau sangat.. erk!" Ujar Izzat. Tahu dirinya melampaui batas.

"Aira mengandungkan anak kamu.. sekarang kandungan dia nak masuk 8 bulan.. Tepat2 kamu pergi sana.. Dia mengandung 3 minggu..Tup2 kan kamu accident.." Jelas Puan Halimah sambil mengurut dadanya perlahan.

"Yeke bu..? Keadaan dia macam mana?" Izzat sudah risau bukan kepalang.. Janji yang ditabur nya sebelum ini terimbas. Ya Allah..Isteri aku..anak aku..

"Ye.. Dia bleeding sebab tergelincir.. tapi takpe..ibu akan jaga dia.. Kamu bila nak abis terapi..? Soal Puan Halimah..

Izzat termenung.. Dia masih tak tahu dengan jawapan untuk soalan itu.

"Iz tak pasti bu..tapi Iz janji.. Iz akan balik sebelum Aira bersalin.." Ujar Iz, nekad untuk pulang.. Kakinya mula sembuh.. Berkat usaha dan tabah serta doa.. Dia akan segera bangkit pulang ke tanah air. Berjumpa Aira..Anaknya.

"Oh ye..Tahniah Iz.. Alhamdulillah..!! " Puan Halimah bersuara riang.. Izzat masih 'blur' hanya mengiyakan. Puan Halimah mengeluh. Tak faham la tuh!

"Aira tu.. mengandung kembar..!" Puan Halimah jujur, malas nak berlengah lengah.

"Haaa!!!! serius la bu!!" Hampir pekak kot ye asenya ni.. Aduhai Izzat.. Pecah speaker handphone nokia aku ni kang.. Puan Halimah menggeleng. Hatinya riang menyampai kan berita tersebut.

Izzat bersemangat.. Berjanji akan lakukan terapi nya sebaik yang mungkin..

------------------------

Tubuh Aira didakap erat. Rindunya. Perut isterinya dicium. Aira masih dalam keadaan menangis. Sudah berkali kali maaf tubir di bibir Izzat.

Habis semua karenah isterinya keluar. Sabar je lah.. Perangai isterinya dilayan jua. nasib sebulan je tinggal. hahaha!

"Apa maaf2? Abg gie la jauh2 tuh.. Tinggal Aira kat sini sorang2.. Bia je Aira ni!" Aira membentak seakan keanakan.

" sorry la syg..abang da blik kan..? abang pergi terapi je syg.." Pujuk Izzat tenang..

"Umphh!! Terapi tak terapi.. Aira kan leh jaga abang..benci lah!! benci.." Aira merajuk.

"Mesej ayang bpe ribuuu??!! ada abang reply!! penat tauu!! ayang ni apaa..apa?!!" sambungnya.

"Aduhai syg..." Belum sempat dipujuk.. Aira memandang tajam. Dada Izzat ditumbuk.

"Mengeluhh2!!! mengeluhh!!" Keras nada Aira.. seakan Malam itu segala perasaan nya dilepaskan. Puas Izzat dikenakannya.

Matilah aku!...

----------------------------

"Abang, esok kan..Ada majlis.. ni kadnya.." Aira menyerahkan tersebut. Tangan suaminya digenggam sambil bermain dengan jari suaminya. Hangat tubuh suaminya dipeluk. Sungguh dia merindui suaminya.

"Siapa yang kahwin?" Soal Izzat setelah melihat nama yang tertera di atas kad tersebut.

"Someone.. who knows me.." Ujar Alia.. bungkam.. risau kalau Izzat berfikir lain.

"Abang tahu.. Amir ni ex ayang kan?" Tebak Izzat melihat isterinya.

"Ermm.." Aira bersuara. Tidak mahu memandang suaminya. Risau dia akan dilenting lagi.

"Abang x marah la..abang just tanya.. sokaylahh..orang dahh jemput kan.." Ujar Izzat dengan senyuman. Aira seakan tak percaya.. suaminya kah itu?

"ye syg..tapi kalu abg x selesa.. xpe lah xpergi.." pujuk Aira apabila Izzat berdiam..

"Hm.. Aira tunjuk kad ni..thats mean..Aira nak pergi.." Izzat membelek pula majalah diatas meja.

"hurmm..ikut abang la.." Aira sedikit merajuk..Terasa pula.

Aira bangun, sakit pinggangnya duduk.. Dia ingin merehatkan badan di bilik. Pinggangnya diurut sedaya mungkin. lenguhnya!

"Sayang?" Izzat memasuki kamar.. Melihat isterinya berkerut kerut muka menahan sakit diseluruh tubuh. Kasihan dilihat isterinya.

"Meh abang urut.." Izzat melayankan jarinya mengurut.

"Xpe la abg.. Susah-susah je.." Ujar Aira. nada rajuk terselit di situ..

"Aira.. merajuk ke ni?" Duga Izzat. Aira menggeleng.

"Nak rest je..Bye abg.." Aira membaringkan tubuhnya lantas dibuai lena.

Izzat perasan Aira bersikap seakan dia bersendirian..Kerap pun mahu bersendiri. Mungkin kerana terbiasa apatah lagi..Tiada nya buat jangka masa yang lama.

----------------------------

"Makan bang..lauk siap masak dah.." Ajak Aira melihat suaminya masih leka menonton tv.

"haa yelah.." Izzat mengambil tempat di sisi Aira.
Masih seperti dlu.. Hidangan untuknya akan tersedia. Nasi siap di pinggan hanya tinggal lauk untuknya dipilih.

Aira pula mengunyah gula-gula. Hemm..sedap!

Izzat memandang isterinya yang setia di sisi. Hanya diam menikmati gula-gula. Balang berisi gula diambil. Serentak itu, Aira memandang Izzat.
Muka Aira bertukar merah dan bengis. Pantang gula-gulanya dirampas.. Izzat pula menjadi seram. Dikembalikan semula balang, bertambah menakutkan melihat muka isterinya bertukar riang semula.

"Sayang ni..pelik je.." Izzat menyua nasi ke dalam mulut. Aira hanya mengangkat bahu.

"Lepas Aira abis pantang, baru abang naik kapal balik tau.." Izzat memandang isterinya.

"Hum.." Aira masih menikmati gula-gulanya. Izzat pula terasa cemburu dengan gula-gula tu.. Lagi penting gula darinya. Aduhai!..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience