BAB 5

Romance Completed 4631

"Aku terima nikahnya Aira Sofea dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai.." Lafaz nikah akhirnya menyatukan Aira dan Izzat. Izzat tampak kacak di hari persandingan. Aira menjeling tajam pada Izzat.

8 bulan yang lalu. Izzat tidak semena datang ke rumah untuk meminang. Entah macam mana diulit Puan Halimah hingga bersetuju untuk menyatukan mereka.

Pertunangan yang hanya sehari diikuti terus lafaz nikah. Semua dalam masa yang singkat. Biar betul!.

Bijak Izzat membuat perancangan. Alamat rumah dicuri melalui Ic nya. Kecuaian Aira meninggalkan dompetnya ketika keluar bersama Izzat. Lelaki tuh!

Izzat merapatkan diri dengan Puan Halimah. Pada awalnya, dia tidak memberitahu siapa dirinya. Bila Puan Halimah sudah selesa dan menerima Izzat. Akhirnya Izzat terus menyimpulkan bahawa dia sudah lama ingin meminang Aira.

Namun, sepanjang tempoh itu juga. Izzat menyakinkan Aira dengan ketulusan hatinya untuk bersama. Pelbagai dilakukannya.. Aira mengaku, dia nampak kesungguhan Izzat.

Tentang dendam lama..dan kekesalannya berlalu begitu sahaja.. Apabila Izzat sering memberinya nasihat untuk bersabar. Izzat juga tidak pernah memaksa Aira melupakan silamnya.

Aira belajar untuk sentiasa ikhlas dan redha. Izzat benar - benar membuka hatinya. Syukur Ya Allah..

Tapi.. Aira tidak menyangka perkahwinannya seawal ini. Untunglah dia akan menghabiskan pelajarannya lagi beberapa bulan. Kemudian bekerja.

Ibu pula tidak kisah dengan itu asalkan ada yang mampu menjaga Aira. Semenjak Aira kehilangan ayah. Hanya Ibu la tempat dia bergantung.

Aini Sofea menghampiri Aira, suka dia melihat akaknya yang cantik bergaun di atas pelamin. Semoga kehidupan kakaknya bertambah baik.

Air muka Aini berubah melihat wajah Izzat. Saling tak tumpah macam bekas tunang sahabatnya. Entahlah.. mungkin pelanduk dua serupa. Sejak hari pertama dia melihat Izzat. Asyik terkenangkan bekas tunang sahabatnya, Iskandar.

Ingin saja ditanya Izzat. Namun, malu pula jika tersalah orang. Akhirnya Aini hanya berdiam sahaja.

Aini membuka mesej Fazura,sahabatnya. Lantas didail nombor Fazura. Dari riak Aini dia yakin.. Telahan nya betul.

Aini menghampiri Izzat dengan mukanya yang masam. Fazura menceritakan bahawa Izzat bukanlah lelaki yang baik.

"Izzat iskandar.. " Aini memandang tajam wajah Izzat yang berubah setelah dipanggil dengan gelaran tersebut.

"we need to talk" Aini melemparkan pandangannya di sebuah pangkin halaman belakang rumah.

Izzat tahu dia akan dimaki sepuasnya tapi Aini perlu tahu perkara sebenarnya.

"Kalau aku tahu kau ialah iskandar! aku takkan biarkan perkahwinan ni..!! Shame on you Is!!" Jerkah Aini. Fazura diibaratkan kakak kandungnya selain sahabat walaupun umurnya tua dua tahun dari Aira.

"Aini..kau dengar kisah sebelah pihak..aku ni? kau ada ke nak tanya? aku rasa kau kenal kan macam mana kakak kau tu.. cer pikir..akak kau buleh terima aku?" Buat seketika apa yang Iz katakan membuat Aini berfikir sejenak. Perlahan lahan Aini melabuhkan punggungnya.

"Maksud kau is?" Soalnya.

"Sebenarnya.. Fazura dan aku berpisah atas dasar aku tak nak paksa dia terima aku. 3 tahun Aini...Sayang aku pada dia xpernah berubah hinggalah..dia decide untuk tinggalkan aku..dia ada pengganti aku.. banyak kali aku kena tipu..But untuk pengetahuan kau.. Dia banyak berhutang sekarang.. dia cari aku..untuk tolong dia langsaikan semua hutang dia..Aku jadi marah.. Perangai dia tak pernah berubah..aku yakin..kau pun tempias dia untuk langsaikan duit2 dia kan?" Jelas Izzat dengan sinis.

"Faz.. Aku tak sangka dia tipu aku.. apa yang kau cakap ni hampir sama dengan apa dia bagitahu aku tapi.." Percakapan Aini tergantung.

"tapii dia nak kata..dia yang adap hutang aku kan? sebab tu kau benci aku sangat2? untunglah aku kenalkan diri aku pakai nama pertama aku.. Aku takde peluang langsung masa tu untuk aku terus terang apa yang berlaku..untuk aku pertahankan diri aku.." Kesal Izzat kemudian berdiri meninggalkan Aini yang buntu.

Mesej Fazura dibiarkan tak berjawab. Aini tampak geram dengannya. Sia sia dia back up betina tuh! ni hadiah untuk kau Fazura.. Gambar Aini bersama Izzat dan Kakaknya diatas pelamin dihantar kepada Fazura dan untuk hadiah terakhir "BLOCK" ditekan.

---------------------------

Gambar yang dihantar oleh Aini ditatap lama. Tubir matanya menitiskan air mata. Jelingan mata dan sinis tawa milik Faz bertukar seakan dia mempunyai agenda nya sendiri.

Tubuhnya tanpa seurat benang ditutupi selimut diperkemaskan di genggaman. Seorang lelaki yang nyenyak tidur dipandang. Sudah sebulan dia menjual maruahnya. Demi mendapatkan duit untuk membayar hutang-hutang bekas kekasihnya.

Menyesal. Itu sahaja yang mampu Faz ucapkan. sebelum ini kehidupannya baik sahaja bersama izzat namun segalanya berubah ngeri apabila dia membuat pilihan memilih Khairul. Jantan tak guna tu!!

Setitis demi setitis air mata Fazura gugur. Tubuhnya dipeluk. Entah bila, lelaki yang tidur disebelahnya tersedar dan melingkari pinggang milik Faz. Seakan memujuk.

Fazura kembali tersedar terus mengelap airmatanya. Tidak guna dia kesal. Segalanya sudah berlaku. Maruahnya tergadai..hidupnya musnah. Biarlah apa pun yang terjadi. ini akibat nya..tapi..

Salah Izzat kerana tidak menghalangnya dahulu. Kalau tidak, pasti dia hidup bahagia.. sakit hatinya mula membakar. Dia akan pastikan Izzat jua merasa kesakitan yang dia alami.

Selimut dibubar. Nafsu yang maharaja dilepaskan. Desahan nafas disulami tawa mengiringi Fazura ke alam fana semula.

---------------------

"Sayang..." Izzat menghampiri Aira, isterinya kini.
Syukur tidak terhingga mereka akhirnya diijab kabulkan. Izzat memandang sayu pada wajah isterinya. Lawa.

"Abang nak minum air?" ujar Aira lembut. Panggilan 'Abang' ditekan sedikit. hihi.

"Takpe la sayang..meh kat abang mehh.." tangan Aira di tarik. Tangan Aira dikucup lembut. Air mata lelakinya bergenang. Bersyukur.

"kenapa ni.." ujar Aira sambil meletakkan tapak tangannya di pipi milik Izzat.

"terima kasih..menerima Abang dalam hidup Aira.." Ucap Izzat senang. Dia juga riang mendapat gelaran dari kesayangannya. Panggilan Abang itu la diimpinya lahir dari bibir isterinya.

"Jom!.." Izzat memandang Aira dengan senyuman nakal. Pada mulanya Aira tidak faham dengan Izzat. Namun..

Wajahnya terasa hangat. Perlukah Izzat ni..aihh!!

Aira menjeling tajam. Tangan suaminya dicubit dan dikupil kuat. Malu hanya Allah yang tahu.

Izzat sudah tertawa melihat gelagat isterinya sambil mengosok lengannya yang habis dicubit.

Aira membaringkan badannya. Menyembunyikan wajah di balik selimut. Izzat tahu Aira segan namun sebagai seorang suami.. Apa salahnya..

Aira dicumbu sepuasnya kemudian dipeluk erat. Aira hanya membatu. Tidak mampu melawan walau di dasar hatinya. Dia amat bahagia..bersama Izzat.

Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke syurga. Doa Aira di dalam hati.

------------------

"Tadaa!!" Izzat melapangkan tangannya. Sebuah rumah dua tingkat dihadapan dimasuki oleh Izzat mengiringi isteri tercinta ke dalam.

Aira masih terkelu seribu bahasa. Cantiknya rumah ni! Decoration dia pun elegan and tampak menarik.

Semuanya sudah lengkap.. Perabot dan keperluan rumah. Aira memandang Izzat.pelik.

"Ni...rumah syg..rumah kita.." khabar Izzat lalu menghadiahkan satu kucupun hangat di dahi isterinya. Aira menangis kesyahduan.. Sungguh dia tidak menyangka.

Izzat banyak memberinya segala yang diingini oleh seorang isteri dan perempuan. Aira merenung dalam anak mata milik Izzat.

"Suka tak?" Ujar Izzat lalu memeluk erat tubuh Aira. Aira mengangguk, setitis airmata nya jatuh tanda terharu.

"Kalau suka,jom kita tengok apa ada.." Ajak Izzat bersungguh. Melihat Aira sedemikian membuat jiwa lelakinya gembira..puas.. Aira menyukai rumah tersebut. Tidak sabar mereka ingin mencipta kenangan baru.!

-----------------------

"Selamattt pengantinn baru!! Aira!" riuh habis rakan sekelas mengucapkannya. Alahai...

Aira tersipu malu. Pensyarah jua mengucapkan hal yang sama. Namun, apa lah kudratnya..hanya tersenyum membalas 'wish' tersebut.

"Kawan kita da nikahh!! dapat ank buah la tak lama lagi" ujar Zizi dan Wa.

"Haishh!" keluh Aira dengan jelingan maut.

Zizi dan Wa hebat mentertawakan dia.. Kuasam dua kedondong ni.. Aku sepak kang baru la..

"Whateverrr..." Malas Aira hendak melayan. Sekarang kelas sudah habis.. Beberapa assignment yang tertangguh kerana perkahwinannya sudah pun siap dihantar. Tiba masa untuk pulang pula..

----------------------------

"Abang... Abang...." Panggil Aira lembut setelah memasuki rumah mereka. Minggu lepas mereka berpindah ke sini. Izzat selalunya kerja waktu begini. Namun, keretanya ada di luar.. Sudah balik kah Izzat?

"abang~~………" Sekitar satu rumah dicarinya. Tiba- tiba di satu sudut. Kelihatan satu susuk tubuh yang dikenalinya. Botol ubat yang berterabur membuatkan Aira celaru. Seluar suaminya terkoyak di paras lutut. Kesan jahitan amat jelas berparut di situ. Wajah suaminya berkerut menahan sakit. Peluh penuh merecik di muka dengan mata terkatup rapat.

Mulutnya ditekup. Izzat!

"Abang..apa nii.. jom kita pergi hospital ea.." Ujar Aira lemah..Dicuba nya mengangkat Izzat namun Izzat Menggeleng.

"Apa yang sayang kena buat abang?..." Resah Aira dilihat keadaan suaminya sedemikian. Muka Aira diusap lembut Izzat.

Izzat menyuruhnya keluar.. Hakikat, dia tidak sanggup melihat orang yang disayanginya sedih dan menangis.

"Tak2! Aira mesti tolong abang..jom laa abang..jom la!" Aira teresak dengan tangisan.

"Tiada apa sayang..Abang okay.. sakit yang abang tanggung..takkan sembuh Aira.. Selamanya..Abang kena begini.." Terang Izzat lembut.

"Nanti Abang okay.. Aira keluarlah dulu.." Pinta Izzat lemah.. Aira buntu.. Langkah kakinya terasa memberat. Dihadapan pintu bilik, dia tersungkur. Ya Allah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience