Satu kertas lama dibuka.. isi-isi di dalamnya dibaca satu persatu.. Air mata memenuhi ruang penglihatannya. Aira menjeling pula pada cincin yang tersemat di jarinya..
"abang... Aira minta maaf... Abang masih tak nak ampunkan Aira ke? sayang minta maaf abang..Abang.. Aira mengandung anak kita sayang..Aira tahu ini salah Aira kan.. Aira tak sempat nak beritahu abang, sekarang anak kita kan lasak sangat..Macam abang laa, abang.. Aira rindukan abang sangat...Aira akan jaga anak kita elok-elok..didik dia..sampai ke nafas Aira yang terakhir.." airmatanya mula deras menuruni pipi.
Hampir 8 bulan, suaminya tidak munculkan diri. Dia bersendirian. Perut yang memboyot diusap lembut. Suratan Ilahi ditempuh dengan sabar, kasih sayangnya pada suami tidak berubah sama sekali.
Kejadian yang berlaku terimbas di ingatan, segala galanya berlaku sekelip mata, airmata dilap dengan hujung jari. Sekali lagi.. tiap kali dirinya hiba..dia sendiri harus bangkit. Tapi sampai bila?
Walaupun di bibir katakan dirinya masih kuat..namun di hatinya hanya Allah yang tahu..betapa dia impikan suaminya di sisi..saat dia melahirkan anak.. membesarkannya bersama. Entah sampai bila..rajuk suaminya mula reda. Kembali ke pangkuannya untuk sekian lama.
Mungkin ini balasan kerana kepercayaan dijadikan satu alasan untuk menyakiti orang yang ikhlas bersamanya.
Langkah Aira memberat.. bagai tiada kekuatan namun digagahkan jua dirinya. Tapak kakinya terhenti apabila dia melihat satu wajah yang amat dirindui di hadapan. Surat digenggaman terlepas. kaki terpaku. Benarkah?
"Gedebuk!"
Aira tidak sedarkan diri. Pandangan mulai kabur dan akhirnya gelap.
Share this novel