BAB 2

Romance Completed 4631

Sesi kelas ditunda oleh pensyarah menyebabkan wajah yang kelihatan maya embun pagi bertukar cahaya matahari bersinar menerangi bumi termasuklah Aira Sofea.

Jemu dirinya menghadap lappy menyiapkan assignment. Baginya secepat mungkin mahu dihabiskan seminggu sebelum deadline.

Ting!Ting!
mesej yang masuk dibuka. Mesej semalam yang dihantar Aira pada Amir baru dibalas

'Awak.. buat apa? keje ke?' - 11.43 p.m

'Ye..kje.. saya bru blik ni..nak tdo..bye awk..' - 8.09 a.m

Terkilan. sebak .sedih semua berbaur sebati..Lelaki semua sama.. hati Aira Sofea menjadi panas. bungkam. kelu semua bersatu. laju skrinnya disapu.. memuat naik kembali chat lama.

'saya xnk la awk bharap sgt dgn saya..' - Amir bobo

mesej dihantar olehnya setelah "first met".
skrin disapu. geram. serabut. perasaan marah menyebabkan mata Aira bergenang.

'awk suka ngn saya k?'- Aira

'ye..(emoji monyet menutup muka) - Amir bobo

kali ini. Sekali lagi. Menitis akhirnya.. Kedegilan Aira mengundang lagi kekecewaan. Tersungkur akibat kata manis lelaki..kecewanya dia..

Panas badan Aira Sofea terasa. Kepalanya berpinar terlalu banyak menangis. Aira melihat sejadah dan al-quran. Telah lama dia meninggalkan solat.. Al - quran sudah lama tidak disentuh. Angkuhnya dia..Pada Sang Pencipta.

Jiwa mudanya memberontak. Dia malu. Ketika susah barulah menghadap Allah. Betapa la hinanya dirinya. Sedih Aira lalu memeluk telekung dan sejadahnya. Kali ini.. Dia tidak mahu berharap pada manusia. Aira merasa dia perlu lakukan perkara yang sama dilakukan Amir padanya.

Azan Zohor berkumandang memecah bumi. Dia rindukan sujud. Malunya pada Allah..pada diri sendiri. Aira membentangkan sejadahnya dan mula menyujud Illahi.

Aira Sofea menarik nafas. Otaknya mula berfikir. Kau takde pun xpe la.. Aku buleh dapat lagi baik dr kau tahu x!! Ego menguasai minda.. sokay, perang bermula.

Selama 5 hari.. Aira dan Amir tidak berhubung. Setelah gaduh secara mesej apabila Aira menyatakan ketidakpuasan hatinya. Amir pula terbakar. masing2 mula ego.

Aira Sofea, walaupun berisi..mukanya comel dan manis. Namun, dia la menjadi kegilaan lelaki dahulu dengan tubuhnya yang langsing. Tetapi, perubahan remaja menyebabkan berat badan Aira menaik.

Sekiranya dia tidak berisi.. pasti ramai yang menjadi mangsa playgirlnya. Dengan pula sikapnya yang penuh tipu helah..Aira mula berubah setelah dia meningkat dewasa dan mula berkenalan dengan cinta pertamanya. Luqman.

Aira Sofea membuka video yang dihantar Amir kepadanya. Ianya sebuah lagu dengan seorang perempuan gemok menari.

lagu nenek pahlawanku didengari. lantas Aira membalas acuh tak acuh. Hatinya tawar. Dia mahu meninggalkan Amir. Buat Amir sengsara.

sebulan berlalu. Aira hanya memerhati Amir. Puas Amir memujuk tapi mengalah. Masing2 mendiamkan diri. Amir sering memuat naik statusnya yang seakan memerli Aira. Kadangkala, meluah kan rasa kekesalan.

Aira diam sejenak. Mengapa Amir perlu berkelakuan sedemikian? sedangkan... 'Dia bukan sayangkan Aku pun..'

Izzat. Mesej dari lelaki yang ingin dia abaikan.. namun dilayan jua. Entah mengapa, hatinya membiarkan saja.

kosong hatinya untuk bercinta atau mengenali mana-mana lelaki. Semuanya sampah!

Status Amir Bobo dilihat geram. Digenggam handphonenya seakan mampu meremuknya. Gambar Amir bersama perempuan lain..tapi dr caption yang bertulis. Dia kesedihan..

'ni ke awek lama dia..' Luah Aira kemudian menutup skrinnya.gelap.

Zizi menghampiri Aira tanpa Aira sedar. perlahan bahu sahabatnya diusap. Tangisan dan rintih sayup Aira malam tadi cukup memberitahu sahabatnya dalam kesedihan.

Zizi tahu apa yang berlaku. Wa memang menjadi tumpuan tapi bukan lah salah Wa. Wa tidak pernah mengambil kesempatan. Zizi beruntung mempunyai Aira yang bersikap professional. Tidak menyalahkan Wa atas segala masalah yang berlaku.

"Aira.. kau xokay an.." tegur Zizi lembut.

"Okay.. im fine..why Zizi?" jawab Aira dengan senyuman nipis.

"Listen...actually.. Amir ade cakap something n aku.." Jelas Zizi.. Dia mahu Aira tahu isi hati Amir..selebihnya pada Aira sendiri.

"amir tu da 4 tahun single.. because ex dia.. ex dia kawen lain..tinggalkan dia.. he still awkward ag..dia perlukan sokongan Aira.. Maybe u guys patut berbincang?" Cadang Zizi sambil mengusap bahu sahabatnya.

" Yeahh..i know..but.. im not deserve for him..ade yg layak utk dia kan Zie..? I should keep move on.." Sasar Aira walaupun tubir matanya menyimpan rasa sakit.

Aku ni siapa? tempat dia lepaskan dendam dia 4 tahun dlu ke..? I hate u Amir..!

"Zie tahu..apa Aira fikir..u are wrong.. Amir xpernah buka aty kat sape2 until he knows you..he wanna be with you.. he love you..he tells me that..." pujuk Zizi tenang.

"just stop it Zie..Aira sakit sgt..kalau dia sayang..knp Aira terseksa mcam ni..why? He like someone else..not me..Aira patutnya sedar diri..sape Aira.." Keputusan Aira muktamad..Sayang la macam mana pun.Hatinya kosong. Dendam masih dendam..

"amik la masa Aira keyh? sorry kacau Aira.." ujar Zizi..

"nope..thanks for calm me n tell me everything..sokay dear.. love u.." lemah Aira berbicara. Zizi faham.. Aira perlukan ruang.

Aira merasa kesal. Ternyata Cinta Jarak Dekat ni lebih menyakitkan.. rindu...perhatian..semua dia inginkan..Entah kenapa..hatinya hauskan kasih dan cinta Amir..

Zizi meninggalkan Aira sendirian. Aira melihat handphone nya. Dia malas untuk berfikir tentang Amir.. Mesej dikilas dan dipadam mana yang tidak perlu dan penting. Nama Izzat membantutkan niatnya.

Akal licik nya bersuara. ' he is the best...for this..'

Aira memulakan tingkah.. 'Hi' dihantar pada Izzat. Belum sampai seminit, balasan diterima.. sepanjang malam itu.

Aira tersenyum..menantikan apa yang bakal berlaku seterusnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience