Jika ditanya.. banyak sebab kenapa dia berdendam dengan lelaki.
Keikhlasan dan kepercayaannya dinodai dengan nafsu. Kemudian..
Amir pula.. hum.. Aira mengingati saat dia keluar bersama.
Amir berjanji akan menjadi yang satu untuknya.
Namun, Dia seakan tunggul...
Di dalam kereta. Tiap kali dia ingin bercerita. Amir akan memotong seakan tidak berminat malah mengajak sahabatnya berbual.
Adakah kerana dirinya gemok? tidak sempurna? Jika ditanya padanya. Dia pun xinginkan kehidupannya begitu.
Amir juga pernah membohonginya. Tidak pernah mereka bertentang mata adapun sesaat mungkin.. Benci sekali Amir dengannya.
Wa meminta bantuan menghantarnya ke terminal bas. Tanpa berat hati, Aira tidak kisah dengan perkara tersebut tetapi.. cukuplah hari itu mrmbuktikan segalanya.
Aira yang duduk di kedai makan hanya berdiam diri. Amir memberitahu untuk ke tandas tapi.. dia kembali dengan mengatakan bahawa beg Wa tertinggal dan mengangkutnya. Aira pelik.. Bagaimana Amir mengetahuinya..?
Aira bertanya Wa setelah Wa kembali ke asrama. Wa menjawab tanpa mengetahui apa-apa. Ya, Amir menemuinya sebelum dia berangkat pulang.. Apa maknanya itu? kenapa Amir mesti menipu? sakit hatinya.
Dia juga perasan.. tiap kali keluar bersama Amir. selera makan nya berubah. Dia hilang selera. Siapa pun akan begitu jika ditempatnya.
Geram Aira mengingati setiap kenangan itu. Perit. fikirannya beralih pula pada Izzat. Boleh kah dia percayakan Iz?
Tepat pukul 3 pagi. Aira akan menyujud pada Ilahi. Meminta pertolonganNya. Berdoa agar kehidupannya berjalan dengan lancar. Aira benar-benar ingin berubah. Mahukan kasih yang berkat. Mengharap padaNya sahaja. Bertaubat dari kesilapan yang lalu. Menangis Aira tiap kali memikirkan segala dosa-dosanya. Ampuni Aku Ya Allah..
Biarlah apa yang akan mendatang selepas ini, Dia redha. Soal hati dan perasaan bukan lah buleh dipaksa. Aira berserah.. Sekiranya benar dia disayangi.. biarlah kekal.. Jika dia ingin dianaiya..Doanya agar dia dikurniakan ketabahan secukupnya.
Dia perlu selesaikan hal ini dengan Iz.. Dia harus berterus terang. Selebihnya Iz yang akan tentukan..
----------------------
"saya harap awk faham.." Ujar Aira sambil memeluk tubuh. Semua sudah dirungkai. Kelihatan sunggul wajah Izzat memandangnya.
Anak mata Izzat merenung kesayangannya di hadapan. Berlari lari menilai Aira.
"saya terima awk seadanya Aira. Tak kisah la awak macam mana pun.. saya da niat.. nak halalkan awak..Antara awak..saya lagi banyak kekurangan..hubungan kita hampir cecah sebulan..banyak menda kita da adap.." Ujar Iz lembut.
Kenyataan yang diucapkan Iz membuat Aira sedih. Dia keraskan hatinya, buat masa ni dia akan menilai Izzat. Tapi bukan lah bererti dia menerima izzat sepenuhnya. itu juga bermaksud kpercayaan nya masih kosong..
"Entahlah..buktikan apa yg awk kata..saya xkisah apa awk nak cakap..buat masa ni, saya xpercayakan awk.." Omel Aira sendiri. Walaupun perlahan namun jelas di pendengaran Izzat. Sekarang dia tahu. Apa yang dia perlu hadap.
Keras nafas Izzat sebelum meninggalkan Aira bersendirian. Aira hanya berdiam memerhati kereta milik Izzat memecut pergi.
Aira berjalan kaki pulang dari fakulti. Penat nya terasa sehingga sengal- sengal seluruh tubuh.
Aira membaringkan badannya.
Hatinya tergerak melihat status.
"Kraakkk!" Hatinya seperti dibelah belati. Cemburu meluap.. Amir sudah mempunyai kekasih hati.
Gambar dia dan seorang perempuan berduaan menyebabkan hatinya sakit. Namun dipujuk jua, sedar dirinya tiada hak untuk cemburu. Adakah sebab dia masih sayangkan Amir? Atau.. dia hanya menyimpan dendam lalu? entah la.. penat hatinya kini.
Mata Aira terlelap dengan seribu satu soalan. Biarlahh..
------------------------
"Eh kau ni dah lah gemok! Takde orang nak lyan kau ke? kesian la kau ni! Jijik tahu x!?" Entah apa khilafnya dimaki, dihina. Salahkah dia gemok? salahkah hidupnya begini.
"Ya aku gemok! tapi kau sape hah nak nilai aku" bentak Aira. Aira memaki hamun jantan dihadapannya sepuasnya. Hujan lebat yang menuruni tidak dihiraukan.
Basah kuyup bajunya, Sejuk menikam sum sum tulang tidak dihiraukan. Benci kau!! benci kauu!! jerit Aira sepuasnya.
Geram dan amarah menguasai diri.. Dia ingin bunuh lelaki tersebut. Puas dia mengejar namun lelaki itu utuh tertawa sambil menunjuk ke arah Aira.
"AKU BUNUHH KAUU!!!" Aira berlari dengan pisau di tangan dan menikam jantung lelaki tersebut.
"Aira.. saya sayangkan awk..maafkan saya.." Aira terkelu.. Iz!?
-------------------------
Aira tersedar.. Bulat matanya.. mimpi apa nii..huh.!
Seketika peluh yang merecik dilap. Terasa nafasnya bergetar.. Takut mungkin?
Tiba-tiba hatinya gusar. Risau.. Iz? Awak okay ke?..
Handphone dicapai.. mesej dihantar bertalu.
"awakk..awak ok ke x??"
"awak..reply la.."
"bla..bla..blaaa................"
"ye awk..saya ok..knp ni?" - izzat
"xde apa..take care.." -Aira
Izzat menolak pintu keretanya lemah. Dia accident.. Keretanya berpusing kemudian melanggar pokok besar yang hampir tumbang.
Izzat merasa nyawanya di hujung tanduk. Dia harus cepat keluar sebelum dahan pokok besar menghempapnya.
Izzat tidak perasan jalan yang licin kerana tergesa membuka mesej Aira yang dihantar bertalu. Dia risaukan Aira. Tapi malang tidak berbau.. dia pula accident..
Tangannya luka teruk. kakinya terhinjut hinjut. Nombor seseorang cepat didail. Dia perlukan bantuan. Jalan yang sunyi dilaluinya berdekatan kampung dan hutan. Ambulans pasti lama untuk sampai.
Kamal ialah kawan baik Izzat,setibanya dia,kelihatan Izzat yang tersandar hanya memandang lemah.. Darah banyak keluar dr lukanya yang besar. Kamal menerpa ke arah Iz dan dipapah masuk kedalam kereta. Izzat perlu dirawat segera!
------------------------
Aira berlari memasuki wad kecemasan. Mencari ruang bilik rawatan Izzat. Hatinya terlalu risau.
"huh... " terkelu melihat Izzat terlantar dengan kaki dan tangan yang berbalut.
"Baguslah.. da luka2 cmni. x inform.. awk da dua ary terlantar.. baru saya thu kan.." Sinis Aira tenang.. Izzat memandang Aira.
Rindunya dia dengan buah hatinya. Aira masih begitu. Bibirnya tersenyum melihat kelat air muka bakal isterinya. Ya..bakal isterinya.
Aira masih tidak tahu tentang perancangan Izzat. Dia mahu segera dinikahkan. Lagipula, mak sudah banyak membebel. Umurnya juga sudah 25 tahun. Tak buleh ditunggu.
Tapi, Aira takkan mudah2 nak bagi alamat kampung dia..Izzat ligat berfikir..
"Awak..xrindu saya ke.." ujar Izzat perlahan. Aira menunduk seakan mengemas barang2 Izzat dalam loker. Hanya Allah yang tahu. Betapa dia rindukan jejaka ini. Lagi-lagi apabila Izzat lambat membalas mesej. Tak berjumpa pula sudah rindu..
Sendu hati Aira, seakan mahu menangis. Dia diberitahu Kamal. Izzat kemalangan kerana memblas mesejnya. Rasa bersalah menikam kalbu Aira. Aira mengemas. Soalan Izzat dibiarkan tergantung.
"Kalau awk berdiam, awk marahkan saya.. saya kira sampai 5." Detik demi detik dikira. Hati Aira tidak keruan. Benci betul dengan mamat ni..da sakit buat hal pulak!
"yaaa!" bengang Aira menjawab sebelum Izzat menyebut angka terakhir.
"Saya tampar kaki awk ni kang.. bisinglah..bersepah la dlam ni..tak kemas ea?" Aira berleter. sebal!
"nak kemas camne..isteri saya baru smpai ni.." seloroh Izzat.
"Eish.. Nanti makan tau.. Kaki awk ni truk sgt ke..tgok tangan.." sambil Aira menceceh..habis semua dibeleknya.. Hati Izzat riang bila melihat Aira mengambil berat tentangnya. Nampak lah perubahannya sedikit demi sedikit. Semoga kekal dia dan Aira selamanya.
"Apa?" tegas Aira kemudian menjeling tajam. Kerusi di duduknya kemudian membaca novel kegemaran. Izzat tersengih , dia tahu Aira malu dengannya. Kadang - kadang timbul kemerahan di pipi Aira apabila Izzat sering merenungnya lama.
'Ya Allah.. Jadikan lah Aira Sofea ini yang terbaik untukku.. dan Jodohku hingga akhir nafasku..' Doa Izzat segenggam utuh cinta yang ikhlas.
Share this novel