BAB 3

Romance Completed 4631

"sayang.." seorang lelaki memandang Aira dihadapannya. Aira terkedu. Jantungnya berdebar namun disembunyikan sedaya mungkin.

Aira terimbas satu kenangan yang tak dia lupakan.

"Awak.. ade umah sewa x?" Aira meminta bantuan Izzat. Zizi dan Wa saling berpandangan. Kecemasan sangat apabila asrama tidak dpat diduduki mereka kerana pangkat senior malah target bangunan asrama penuh pada semester akan datang.

"Umah sewa?..xde la Aira..sory btw tgh buat apa? da mkn?" Ujar Izzat.

"dahh..awk ni.. soalan makan xpenah la xde..suh saya makin gemok ke?" Keluh Aira. Zizi dan Wa sudah pelik.

"xdee2.." bisik Aira smbil menjauhkan sedikit handphone nya. Zizi dan Wa seakan hampa tapi terus mencari rumah yang boleh disewa.

semena -mena Aira bangun pergi ke biliknya.. Selesa berbual dengan Iz.. macam- macam dia bercerita. Iz pula pendengar setia. Tapi, itu bukan lah asal tujuan Aira.

Aira tidak mahu bertangguh. Dia harus memiliki Iz untuk dijadikan Iz senjatanya untuk membalas dendam pada Amir.

Entah gila mana Aira Sofea melamar seorang lelaki bernama izzat pada malam itu jua. Izzat tidak mudah bersetuju tapi diletakkan syarat.

"nak saya..kena betul2..jgn main2.." ujar izzat tegas.

Aira membeku. Aduhai! masalah ni...alaa..kenapa nak jaga aty dia..dia pun jantan..jantan sama jee..lagi pun dia ni sementara je..

"haa yelahh2..nak ke xnk nihh?" Soal Aira acuh tak acuh.

"nakk.. memang saya nak awk..tapi..biar betul.."

"apasal pulak?" Aira menjuih bibir..

"sebelom ni bukan main juai mahai..ni awk...da jd gf saya..saya cam..btul ke ni.?" Luah Iz gembira.

Aira pula rasa bersalah. tapi ditepis atas dasar kepentingannya..

"meh la saya ketuk awk ngn spana kalu x caye pon.." Selamba Aira sambil membelek kukunya..
Gelak tawa iz kedengaran di hujung panggilan..

"saya jaga awk ea?...saya bhgiakan awk.." akur iz.

Aira menjuling ke atas syiling..menafikan semua kata2 iz. penipuu!! pembohong je korang nii! xpatut ada kat muka bumi ni..! sumpah Aira dalam hati.

"yelahh..pape je..huks! da laa saya nk tidur..byee" Aira trus menguap mulut namun.. Iz beriya ingin menemani Aira tidur..Aira sudah muak hanya mengiyakan dan meletakkan handphone nya sejauh jauhnya dr tempat tidurnya.

---------------

LANGKAH pertama Aira berjaya. Dia sering memuat naik perbualannya dengan Iz.. sekarang plan nya pula dengan berdating dengan Iz..take picture and upload then..finish kan semua drama..xla heartbroken mana..bru bpe minggu an.. Bisik Aira senang.

Cuti pertengahan semester selama seminggu menyebabkan Aira terpaksa pulang ke kampung. Ibu merindui Aira sangat.

"Aira.. ibu nak tanya buleh?" Puan Halimah memotong buah mangga ditangannya.

"tanyalah ibu.." jawab Aira lembut tetapi debar di hati tak usah la cakap..

"Aira dengan sape sekarang? Luqman? Ibu nak Aira terus terang dengan Ibu.." Puan Halimah menegaskan sedikit suaranya.

Aira mengawal riak mukanya gelabah. Seakan selamba dia menjawab persoalan ibunya.

"taklah..Aira nak tumpukan dengan blaja..lagipun x abis diploma ag kan? Aira bru umo 21 ibu.. Mlas lah nak fikir.." Senada saja Aira menjawab kemudian meminta izin Ibunya untuk dia ke bilik.

Walaupun Puan Halimah tidak berpuas hati dengan jawapan anak daranya.. Tapi dia tahu, dia tak perlu memaksa. Masa akan menentukan semuanya.

Mesej dari Izzat ditenung.. Izzat baik padanya. Sepanjang perhubungan.. Izzat tiada pun menyakiti hatinya. Aargh! mungkin sebab belum berjumpa. sebab tu baik je..! pijak semut pun xmatii..!

Aira akan berfikir negatif jika hatinya mula lembut dan seakan menerima kehadiran Izzat. Hati dikeraskan..tumpu pada tujuan Aira! jangan biakan kata janji dan manis lelaki ni buat kau merana lagi...

"Awak.." Izzat menegur Aira yang duduk di atas pasir pantai. dia berjanji untuk berjumpa pada petang itu. Aira terasa sedikit penat. Semalam baru smpai asrama, pastu mamat ni pulak ajak keluar.

"hmm..cakap lah.." acuh tak acuh jawapan Aira tanpa memandang sedikit pun pada Izzat. Izzat kelihatan sedikit kecewa dengan tindakan Aira. Kenapa Aira melayannya sebegini..?

"Aira, apa salah sya? kalu bae ada buat salah..maafkan bae sayang.." Izzat menguis pasir. Mengharapkan Aira berkata sesuatu.

"Sayang? ouhh.." kelu Aira seketika namun cepat-cepat menepis debar di hati. 'Awak xsalah apa pun iz.. Ya Allah..apa aku nak buat ni..' perasaan bersalah makin membuak.

'lepaskan dia ke? biar dia tak sakit..' Soal hati Aira. Kemudian ditatap wajah Izzat di sebelahnya.. Hensem mamat ni...baik...salah aku..nak mempermainkan dia..aku xpatut buat macam tu..

"kita putus?" terpancul kata putus dr bibir Aira membuat Izzat mengangguk faham. Izzat menangis?

"Andai lah awak tahu apa hati saya rasa Aira..mesti awk xkn nak apa yang jadi hari ni berulang lagi..Saya rindukan awk..dan awk..?" Sinis Izzat sambil sedikit keluhan.

" Tak nak awk sakit la.." ujar Aira lemah.

Plan dia tak menjadi. sasau pulak time2 gini..aduhai..

"Awak tak percayakan saya ke?" - izzat

"kalau saya cakap ya?" keluh Aira

"takpe la..saya tak paksa.." ujar Izzat sendu.

"bguslah.. kepercayaan tak penting pun kan.." Aira melepaskan geram.

"Aira, kalau buleh..saya nak jumpa ibu awk..katakan pada dia..hubungan kita..tapi dalam masa yang sama saya tak nak kehilangan awk..saya perlukan awk..awak, saya ni jahat sangat ke? sokay, saya xnak paksa awk untuk terima saya..kan?" Nada Izzat sedikit bergetar. Izzat bangun dari duduknya..mengusir pasir di pakaian. Ingin meninggalkan Aira untuk dia berfikir.

Aira menekup mukanya. Ingin teriak pun ada. Kata - kata izzat mengusik kalbunya. Dia tersentuh sekali. Sayangnya bagaikan membuak. Dia jatuh cinta kah dengan izzat? Aduh! gawat lah..masalah besaq!

"Awak!" Jerit Aira. Dia yakin Izzat mendengar teriak nya.

"Ya..Aira Sofea?" Izzat memandang perempuan yang memeluk lutut itu dengan sayu.

"gedik la..tinggalkan saya..saya ni sorang2 tau.. kang saya nak balik pakai apa? apa la awk ni..nak berdrama pun agak-agak la.." Aira menjuih kan bibirnya.

Izzat tersenyum melihat karenah Aira. Perwatakan yang budak2. Izzat menggeleng kemudian menghulur tangannya.

"mehh saya tlg awk bangun.." Izzat tersengih memandang Aira..

"Eishh! mentang saya gemok..awk nak perli2 pulak ye..nak kena niii!" selipar di tangan dilayang. Izzat pula berlari anak mengelak serangan suku maut Aira sofea dengan selipar jambannya.

----------------------
"sayangg~~" Tegur Izzat dengan memetik jarinya beberapa kali.

Termenung jauh betul Aira ni.

"ye bae ehh!" ujar Aira dengan menjeling.

"termenung apa tu sayang..." Izzat mengupil tin air gasnya ditangan..

"tak de apa..teringat something je.." Aira membuka bekas sandwich. Mereka berkelah di pantai yang pertama kali mereka berjumpa. Kadang- kadang Aira tersengih mengigati memori mereka.

"dahh ..mehh makan.." Aira menyuakan makanan di mulut Izzat.. Izzat memang manja. Dengan agah dia membuka mulutnya. Aira pula nakal dengan tak semena menyumbat satu sandwich dalam mulut Izzat. Terbatuk batuk Iz dibuatnya.

Aish..Aira2..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience