"Terima kasih datang.." Ujar pengantin perempuan sambil mencium pipi Aira. Aira tersenyum lebar kerana syukur Amir dan pasangannya akhirnya bersatu.
Amir datang ke arah Aira.
"Hai.. Aira.." Ujar Amir.
"Ni suami ke?" Amir menunjuk ke arah Izzat yang tajam menilik wajah Amir. Sedikit keraguan dengan air muka tersebut.
"Aah.. ni suami Aira.. Izzat.." Aira memperkenalkan. Senyum manis diberikan. Setelah habis berbual kosong. Aira pinta izin untuk pulang.
Sejak kandungan makin sarat.. dia pula tidak larat. Izzat masih berdiam dan tak banyak bercakap. Entah apa yang menganggu fikiran buah hatinya.
"Sayang?.. are u okay?" Aira memengang bahu suaminya.
"Okay.." Izzat menjawab malas.
"Um.. marah ayang ke ni??" Aira mula rasa bersalah. Pinggangnya yang sakit ditahan. Kadangkala menukar posisi duduk. Kejap baring kejap duduk.
"Yelahh marah.. ayang tu..tengok ni..tak reti duduk diam..tahu awk sarat.. nak berjalan.. Abang kalau buleh xnk ayang gie mana-mana.." Keluh Izzat. Nada tegas kelihatan di bicaranya.
"Sorry Aira buat Abang marah.. yela kan.. sekarang da ada suami..dulu xpe la.. sendiri jaga pandai sendiri.." Aira sebak menutur kata. Entah hatinya terusik.
Izzat pula terkedu. Aira memerlinya, buat seketika Izzat mendiamkan diri.. Terdengar desis esakan. Walau bagaimana pun Aira menyembunyikan kesedihan. Sebagai suami, dia tahu.. Aira sedih.
Aira sengaja menguatkan radio kemudian menghalakan badannya ke arah luar tingkap. 'Sayang.. maafkan Abang.. '
Aira membaringkan tubuhnya. Penatnya Ya Allah!..
Izzat memasuki kamar. Dilihat tubuh isterinya, Izzat mengurut belakang isterinya. Terasa lain benar Aira. Aira mula cengkung, kurus dan mudah penat. Izzat menyangka mungkin kerana kesan Aira mengandung.
"Abang!!" Aira merasa sakit.
"Sayang?" Segera Izzat menerpa ke arah Aira.
Aira merintih kesakitan.. Nak melahirkan?
Tanpa membazir masa.. Aira lantas dibawa ke hospital.
Dua bayi yang comel ditatap. Sungguh bahagianya.. Akhirnya dia digelar ayah..
Anak-anaknya di azan. Setitis demi setitis airmata mengalir tanda syukur.
Aira melihat wajah suaminya yang girang. Terima kasih Ya Allah.. kerana memberikan aku segalanya.. Segala yang berlaku kau tetapkan dengan adil. Sesungguhnya inilah gerhana kasihku dengan cinta Ilahi yang abadi..
Alhamdulillah..
---TAMAT----
Share this novel