Bab 2

Horror & Thriller Completed 16901

BAB 2

Nasib baik, dalam masa itu lah aku nampak sepasang lampu dari jauh menaiki bukit pelahan lahan. Pelik gak aku kenapa bas perlahan sangat bergerak. Aku cuba tahan bas tersebut tetapi cahaya lampu menghalang pandangan aku.

Nampaknya bas tu macam tak mau berhenti aku nekad aku akan lompat naik sebab dah jauh malam ni mana ada bas lagi lepas ni. Nasib baik bila bas tersebut lalu sahaja dihadapan aku, lagi lambat pergerakkannya. Nak bagi aku naik ke tak sebenarnya ni? Aku tak buang masa, terus je lompat naik ke dalam perut. Tak pandang kiri kanan dah, dan terus ke kerusi belakang..

Aku lihat tiada orang kiri kanan aku. Yela, dah lewat malam, orang semua dah lama balik rumah tidur. Aku melelapkan mata seketika sementara menunggu konduktor bas kutip duit tambang. Tiba-tiba rasa pelik, macam lama sangat pulak tak ada siapa-siapa pun yang nak kutip duit tambang. Bagus jugak. Jimat RM1.20 aku hari ni, boleh beli rokok sebatang.

Alangkah terkejutnya aku, baru perasan tak ada sesiapa dalam bas masa tu. Konduktor tak ada, abang driver pun tak ada. Serta merta bulu roma aku naik, pundi kencing tiba-tiba terasa penuh nak terkencing sangat. Dalam fikiran terus teringat mak dekat kampung.

Mak, tolong boboi! Boboi, nama manja mak aku sorang je panggil. Tanpa berfikir panjang dek kerana terlampau takut aku nekad terjun melalui pintu kecemasan. Belum sempat aku terjun.

‘Hooooi! Hoooi! ... kau nak mati ke? Kena lenyek tayar bas ni kang baru kau tau’.

Aku terdengar suara entah dari mana.. aku memberanikan diri memandang ke arah bas. Rupa-rupanya pemandu dan konduktor bas tengah menolak bas dari arah belakang kerana rosak. Patut tak ada abang driver dengan konduktor kat dalam bas ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience