Bab 7

Horror & Thriller Completed 16901

BAB 7

MISTERI LORONG SUNYI

Aku pada mulanya memang sukar untuk mempercayai cerita-cerita mengenai hantu, makhluk halus, ghaib dan sebagainya. Kadang-kadang aku membantah rakan-rakan apabila mereka bercerita tentang kisah-kisah pelik atau misteri. Bukan kerana aku takut tetapi kerana memang tidak mempercayainya.

Tetapi kejadian tiga bulan lalu mengubah pendirian aku. Akhirnya aku terpaksa mengaku bahawa kisah-kisah seram, ghaib dan makhluk halus ini memang wujud di dunia ini. Memang kejadian itu begitu sukar untuk dilupakan, bahkan masih segar dalam ingatannya.

Kejadian yang amat menakutkan itu berlaku di satu lorong sunyi yang terletak tidak jauh dari sebuah kilang bedekatan tempat aku bekerja. Sememangnya lorong sunyi itu menjadi laluan bagi ku setiap kali pulang dari tempat kerja.

Aku sebenarnya sudah lama menggunakan lorong sunyi tersebut. Boleh dikatakan hampir empat tahun aku menggunakan lorong itu. Tidak pernah terserempak dengan sebarang makhluk ghaib atau aneh. Selama ini rakan-rakannya galak menceritakan tentang ada orang yang berjumpa dengan puntianak, hantu raya, hantu bungkus dan sebagainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience