Bab 3

Horror & Thriller Completed 16901

BAB 3

BUKIT PUTUS

Beberapa tahun yang lepas aku pernah bekerja di Seremban. Pada suatu petang, aku terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarga belah emak mengadakan kenduri arwah nenek. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, aku pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya perlu bekerja.

Sampai di laluan Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, aku ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan kereta ku. Hati tergerak pula ingin menolong, tidak terfikir langsung soal takut ke apa. Orang lelaki kan. Lantas aku pun berhentikan kereta.

‘Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?’

‘Abang.. tolong saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak?’

Entah macam mana aku tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih tu. Mungkin sebab dia cantik dan wangi kot. Hehe.

‘Oklah. Saya pun nak ke Seremban jugak’, terkeluar dari mulut ku.

Tapi hati aku masih lagi was-was… Aku pun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelah ku. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu.

Berdegup juga hati lelaki ku. Aku cuba tenangkan diri, seolah-olah takde apa yang berlaku. Aku masih lagi membisu kerana menyesal membenarkan seorang perempuan menumpang kereta ku di tengah malam buta ni. Seorang diri pulak tu…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience