Bab 6

Horror & Thriller Completed 16901

BAB 6

Wanita itu berjalan menuju ke pintu belakang menghala ke bilik mayat tiba-tiba ‘pang' ‘ pang’ bunyi tembakan abang aku menoleh ke belakang dan mendapati pengawal tadi yang telah melepaskan dua tembakan ke arah wanita tersebut.

Apabila menoleh ke depan untuk melihat keadaan wanita itu dia terperanjat kerana hanya cerbisan-cerbisan kain putih berterbangan bersama hilaian tawa yang begitu menyeramkan, abang aku tiba-tiba terus tersedar seolah-olah dia bermimpi tadi.

Perasaan takut mula meyelubungi abang aku dia mula mengigil seluruh badan dan pengawal tadi mula mendapatkan abang aku.

Pengawal itu menceritakan dia sudah biasa melihat keadaan ini dan sentiasa bersedia untuk menghadapinya. Peluru yang dilepaskan tadi bukan peluru biasa ianya peluru bersalut perak dan hanya peluru perak sahaja yang dapat menghalang mahkluk tersebut.

Pengawal itu menasihatkan abang aku banyak berzikir dan ingat Allah selalu supaya dapat menghidari sebarang gangguan mahkluk jahat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience