Bab 9

Horror & Thriller Completed 16901

BAB 9

Tinggallah aku seorang yang terpaksa melaluinya kerana tidak mempunyai pilihan lain. Kalau ikut jalan raya, sudah terlalu jauh untuk sampai ke rumah aku. Mahu tidak mahu, aku terpaksa melalui lorong sunyi itu. Dalam perjalanan pulang, hati aku tiba-tiba berdebar. Matanya menjeling kiri kanan lorong.

Tiba di pertengahan lorong, aku tersentak. Wajah seorang wanita jelas kelihatan di hadapannya. Aku berhenti seketika. Hati dan perasaannya mula menggambarkan apa yang telah diceritakan oleh rakan-rakan sebelum ini. Tetapi aku kuatkan semangat.

Ketika langkah ku semakin menghampiri wanita itu, hidungnya tiba-tiba ditampar bau wangi. Tidak pernah aku menghidu bau wangi sedemikian sepanjang melalui lorong tersebut. Tetapi kali ini aku menghidunya. Tidak mungkin wangian itu turun bersama embun pagi! Aku mula tertanya sendirian.

Segera aku menutup hidungnya.Aku terus berjalan tanpa mempedulikan wanita di hadapan itu. Aku menundukkan kepalanya ke bawah.

Langkah dicepatkan. Semakin aku menghampiri wanita itu, semakin kuat bau wangi itu menusuk hidungnya.Kala itu terlintas di fikirannya tentang cerita rakan-rakannya. Kalau terhidu bau wangi, jangan dihidu kerana bau wangi itu adalah bau hantu raya!

Teringat itu, aku segera menahan nafas seketika untuk tidak menghidu bau wangi itu.Degup jantungnya semakin kencang. Hati mula berdebar-debar. Tidak pernah aku mengalami peristiwa sebegini rupa. Aku sudah dapat mengagak, cerita hantu yang diberitahu oleh rakanku itu memang benar. Terasa sedikit menyesal kerana terlampau mengikut naluri jantanku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience