Bab 1

Horror & Thriller Completed 16901

BAB 1

BAS BERHANTU

Kisah ini berlaku semasa aku belajar di kolej. Aku menyewa sebuah rumah bersama kawan-kawan aku di luar kampus kerana dihalau oleh pihak pengurusan dek kerana pointer aku tak sebagus Ahmad Maslan.

Hari-hari aku ke kelas menaiki bus lebih kurang 35 minit baru sampai. Sambil tu aku buat kerja sambilan juga kat kedai makan pada sebelah malamnya.

Sama juga seperti saranan Ahmad Maslan agar kita melakukan dua pekerjaan dalam satu masa untuk menampung taraf hidup yang semakin tinggi.

Aku biasanya balik kerja antara jam 11 malam dan aku hanya ada masa antara jam 12 tengah malam hingga pukul 1.30 pagi untuk buat kerja lain. Seperti pergi kerja, untuk balik ke rumah aku akan naik bas juga. Nak dijadikan cerita pada suatu hari malam Jumaat entah kenapa malam tu ramai pulak orang makan di gerai aku bekerja jadi aku kena tutup lambat sampai jam 12.30 tengah malam.

Lepas habis kerja aku berjalan ke perhentian bas, ketika itu suasana sudah mula sunyi . Bas terakhir adalah jam 1 pagi.. Stesen bas yang aku nak pergi tu betul-betul di bawah bukit. Aku pernah dengar cerita ramai orang kena usik di kawasan itu sebab dekat situ ada tinggalan kubur Jepun.

Hati aku berdegup kencang... Aku dah mula rasa embun sejuk sekali sekali naik bulu roma aku bila teringat cerita orang.. Bas ni pun satu..lambat pulak datang. Aduh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience