Bab 4

Horror & Thriller Completed 16901

BAB 4

Tapi yang peliknya, hati aku macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, aku ni memanglah penakut dengan perempuan! Hehe. Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika…

Tiba-tiba… aku mula merasa seram dan meremang bulu roma bila perempuan tu berbau lebih harum dari lokasi awal aku temuinya . Aku pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahi.

Aku makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah kereta ku. Aku pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan itu bila sampai di satu selekoh yang tajam.

Perempuan tu juga memandang kat aku sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Aku pun beranikan diri dan bertanya…

‘Kenapa adik ni pakai baju putih malam-malam ni?’

‘Ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ‘

‘Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu.’

‘Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya’,tanya lelaki aku lagi.

‘Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok?’

‘Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ‘

‘Ehh tak kan sampai seram… ‘

‘Pakai aje le Breeze colour baru!’

Aku melopong dan terus memecut kereta hingga ke destinasi. Tapi aku bersyukur kerana peristiwa di Bukit Putus itu lah menyebabkan hidup aku kini lengkap. Perempuan berbaju putih itu kini menjadi permaisuri dalam hidup aku. Hehehe..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience