Bab 5

Horror & Thriller Completed 16901

BAB 5

PENUMPANG TANPA IZIN

Kisah ini berlaku pada abang aku. Abang aku merupakan anak sulung bagi keluarga aku. Masa tu mak aku di bawa kesebuah hospital di Selangor.

Dimana saat mak aku hendak melahirkan kandunganya iaitu kakak aku. Tinggal la abang aku seorang diri di kerusi menunggu. Suasana seram sejuk menyelubungi abang aku maklum la jam menunjukan pukul 2 pagi dan abang keseorangan disitu.

Abang aku menoleh ke kiri dan ke kanan dia pasti hanya dia dan seorang pengawal di situ. Pengawal tu duduk agak jauh di depan pintu masuk wad.

Abang aku terhidu bau harum dan mencari-cari di sekitar arah mana datang bau tersebut, bila dia menoleh ke kiri kelihatan seorang wanita yang begitu cantik dan dari wanita tersebutla datang bau wangi itu.

Wanita itu melemparkan senyuman yang begitu manis sekali sehingga membuatkan abang aku terpegun dan tidak lepas memandang wanita tersebut. Abang aku seolah-olah terpukau dengan kecantikan wanita tersebut hinggakan wanita itu tidak perlu mengatakan apa-apa kecuali menunjukan isyarat tangan mengajak abang aku mengikutnya. Abang aku mula melangkah mengekorinya dari belakang wanita itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience