Bab 8

Horror & Thriller Completed 16901

BAB 8

Walaupun pelbagai cerita seram didengari aku, biarpun beratus nasihat telah diterima, namun aku tetap berdegil untuk melalui lorong sunyi itu.Sebenarnya aku tidak mempunyai pilihan. Lorong sunyi itu adalah jalan pintas bagiku, sama ada untuk ke tempat kerja atau pulang ke rumah.

Aku bekerja sebagai wartawan di sebuah syarikat penerbitan majalah. Disebabkan waktu kerjanya yang tidak tentu masa menyebabkan ada sesekali aku terpaksa pulang lewat malam untuk menyiapkan tugasan terlebih dahulu sehinggakan kadang kala menjangkau pukul dua pagi.

Dahulu laluan sunyi itu memang menjadi laluan ramai pekerja kilang kerana kawasan itu memang kawasan perindustrian. Tetapi sejak setahun dua kebelakangan ini, pekerja-pekerja kilang sudah jarang menggunakan lorong tersebut berikutan tersebarnya cerita hantu puntianak dan makhluk halus yang menyerupai budak kecil.Biarpun orang lain tidak berani menggunakan lorong sunyi itu, tetapi aku tetap melaluinya.

Sehinggalah pada suatu malam, selepas habis bekerja, aku terus pulang ke rumah. Tetapi dalam perjalanan pulang sebelum sampai lorong sunyi itu, aku singgah terlebih dahulu di warung mamak bersama dua orang rakan ku, Bob dan Adi. Kerana asyik berborak, kami bertiga terlupa hari sudah jauh malam.

Jam di tangan aku sudah mencecah pukul 12.45 malam. Kebetulan malam itu adalah malam Jumaat. Bob dan Adi tidak mahu pulang melalui lorong sunyi itu. Walaupun diajak oleh aku, mereka tetap enggan melalui lorong tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience