Bab 9

Romance Completed 7757

“Aku nak kau tulis part ni. Aku nak kau guna ayat law kau tu.” perintah Fazrul

Mereka tetap di dalam kumpulan yang sama kerana Miss Finn sudah muktamad dengan keputusannya.

“Suka kau je kan. Bab ni sekurang-kurangnya dua puluh muka surat kau tahu. Bila pula aku nak siapkan. Benda ni kena bentang esok pula. “ rungut Filza.

“Malam kan ada. Apa gunanya Allah cipta 24 jam? Kau ni asal bengap sangat” kata Fazrul perlahan.

“Kenapa kau ni hah? Apa masalah kau sebenarnya?”Filza tidak berpuas hati.

“Kau tahu kan, aku benci tengok muka kau. Makin lama aku tengok hati aku lagi sakit. Dah aku nak bla” Fazrul berlalu pergi.

Filza sebenarnya tak faham dengan perangainya. Ok memang dia yang langgar office mamat tu atau baling aluminium tepat pada kepala lelaki tu tapi dia sudah pun meminta maaf. Sepanjang bersama dengan Fazrul, tak pernah sekali pun Fazrul senyum. Lelaki itu sering memandangnya dengan rasa benci dan meluat. Filza sudah mati kutu. Cara apa lagi yang perlu dibuat supaya Fazrul memaafkannya. Sudah puas dia mengalah dengan Fazrul. Kesalahannya bukanlah teruk sangat pun fikirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience