Bab 5

Romance Completed 7757

Filza membuka langkah seribu sebaik sahaja sampai di tempat itu. Lima minit lagi. Kalau tak semuanya akan berakhir. Dia cuba sedaya upaya berlari laju. Macam mana hal sepenting ni dia boleh lupa. Dia sendiri tak faham.

“Encik.” Filza tercungap-cungap

“Tawaran tu masih sah kan?” Matanya memandang tepat muka lelaki itu.

Lelaki itu tersenyum.

********************

Filza turun ke bawah dengan langkah yang perlahan. Kakinya menuju ke dapur. Eh mana Mak Mah ni? Takkan cuti kot. Entah-entah anak dia sakit lagi. Kesian Mak Mah. Tangannya membuka peti sejuk. Gotcha! Blueberry Cream Cheese Cake. Tapi milik siapakah ini? Abang? Alah amik jelah. Dia menuju ke ruangan televisyen. Allah sedapnya kek ni. I really wonder who create this an awesome cake. Suapan demi suapan masuk ke dalam mulutnya. Dilihatnya Daniel sedang khusyuk melayan perasaan. Kusyen melayang ke muka Daniel.

“Argh apa ni Filza!” bentaknya geram. Adakah patut baling ni masa orang tengah feeling-feeling ni.

“Titanic laagii. Jack. Jack help me!” Filza mengejek lalu menyambung “ Sudah sudah lah tu bang, movie ni dah berpuluh-puluh kali tengok. Filza yang baru dua kali tengok pun dah muak.” cebisan kek masih lagi disuapkan ke dalam mulutnya. Sikit sahaja lagi nak habis.

“Mana Filza amik kek ni?”

“Kat fridge.”

“Apa?”

“Kenapa?”

“It’s mine!”

“Sorry,” Filza menyuapkan cebisan kek yang terakhir ke mulutnya. “Alah habis dah.” Filza duduk di sebelah Daniel yang dalam keadaan tidak berpuas hati dengan kek yang sepatutnya dinikmati setelah movie ini selesai. Hampeh kek aku, dia yang makan.

“Marah ke.”

“Tak.”

“Merajuk la tu.”

“Nope. Abang beli tu meredah hujan bagai memang untuk Filza habiskan pun.” perli Daniel.

“ Sayangg abang…” diletakkan piring itu ke atas meja. Daniel merenung kempunan kemudian matanya beralih ke tv semula.

“Oh ya lupa nak cakap. Papa dengan mama bawak Mak Mah pergi klinik. Mak Mah sakit.”

“Ye ke bang?”

“Ha’ah. So dah ready ke nak imigrasi?” mood Daniel semakin membaik sejak Filza memberitahu mereka sekeluarga yang permohonannya ke Harvard telah diterima.

Yang paling teruja sekali papa dan mamanya. Daniel langsung tak gembira dengan berita itu. Dia sangat rapat dengan Filza. Kalau Filza pergi dia nak buli sapa? Siapa temannya pergi karaoke? Siapa temannya main paintball? Dia bangga tapi dia kena terima kenyataan yang adiknya akan pergi meninggalkan dia minggu depan.

“Tak payah nak migrasi-migrasi sangat abang. Filza kat sana tiga tahun je.”

“Filza dah bagitahu si Faidhi ke Filza nak gerak US ni? Soalan Daniel betul-betul menspoilkan mood Filza.

Faidhi merupakan kawan baik mereka sejak kecil lagi yang merupakan anak peguam keluarga mereka. Mereka sangat rapat tapi mulai renggang semenjak Faidhi meluahkan perasaannya kepada Filza.

“Stop mention that name abang. Perluke? Alah kalau Filza tak bagitahu Filza berani bet lah yang dia dah tahu. Tahulah mama dengan papa tu. “

Titanic hamper tenggelam.

“Hah tu dah mai dah. Climax ni!” jerit Daniel sementara Filza terkejut. Pandangan Daniel tidak beralih, melekat di tv. Tiba-tiba terpadam. Haiya. Apa problem ni meyh.

Filza menyorokkan remote control di celah-celah sofa. Bukan main sentimental pula abang aku ni.

“Alah tengah climax ni Filza.” nada Daniel kesal.

“No. We are discussing right now abang.“

“Pasal apa tadi? Hah si Faidhi tu. Hish Filza tak patut tau buat cam tu. Abang faham perasaan dia yang kena reject tu, sakit tau tak. Trust me, we, boys boleh menerima penolakan dengan baik. Dia sedih kot Filza buat macam tu. Dia selalu mengadu kat abang.” alamak tang akhir tu aku tak sepatutnya cakap. Filza buat muka.

“Nanti kat Harvard mesti ramai awek yang cun-cun kan.” Filza cuba menukar tajuk perbualan dan sangat pasti ia akan berkesan.

“Filza nanti dah sampai sana carikan awek untuk abang tau. Nanti abang photostate borang banyak-banyak suruh dia orang isi.” ayat budget Daniel dah keluar.

“Tak dengar. Tak dengar.” Filza menutup kedua-dua telinganya.

“Filza nanti kat sana jaga diri tau. Abang takut lah. Abang ni kan bodyguard Filza selama ni. Kalau Filza pergi siapa nak jaga Filza.” Hah dah mula dah. Ayat tacing Daniel sudah mari.

“Abang, ini dah kali yang ke sepuluh tau abang cakap macam ni. ” Filza kebosanan.

“Bukan apa abang sayang Filza tau tak.” suaranya kedengaran ikhlas.

“Sweet lah awak ni. Macam kek yang saya makan tadi.” Filza buat suara separuh manja.

Muka Daniel kembali tidak berpuas hati apabila berbicara mengenai kek. Kempunan tak habis lagi tau tak. Orang cakap betul-betul dia main-main pula.

“Dah, pukul sebelas dah ni hah. Budak-budak tak boleh tidur lambat. Dah pergi tidur. Pergi tidur” nada Daniel menghalau.

Alah macam lah dia tu besar sangat. Beza dua tahun je. Perasan bukan main.

“Eh.’ kali ni kusyen pula melayang tepat ke muka Filza.

“Tulah muka dah macam tikus mondok. Kalau dah mengantuk pergilah naik atas.” tangannya meraba-raba di celah-celah sofa mencari remote control yang disorokkan oleh Filza. Hah jumpa.

“ Ceh. Nak sambung tengok lah tu. Filza tak faham betul. Habis tengok tu terus naik atas tidur.” pesan Filza lalu berdiri. Kakinya membuka langkah tetapi terhenti. Dia merasakan tepi bajunya ditarik.

“Eh. Eh. Pinggan tu jangan lupa. Dah siap makan pandai-pandai cuci balik.” Kata Daniel selamba.

“Yelah,” Filza mengambil dengan reda. Malas dah nak gaduh. Mengantuk!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience