Bab 7

Romance Completed 7757

Musim luruh di Harvard sangat menenangkan jiwa Filza. Sudah tiga tahun dia berada di perantauan. Cepat sangat rasanya masa berlalu. Tahun ini merupakan tahun terakhirnya disini. Kursus undang-undang yang diambilnya kadang-kadang membuatnya tidak mempunyai masa terluang untuk bergembira seperti rakan-rakannya yang lain. Filza tidak mempunyai rakan-rakan rapat dari Malaysia kerana tidak ada seorang pun satu kepala dengan dia. Ada kawan tapi yang rapat dan akrab itu tiada.

Filza langsung tidak rindu pada Daniel kerana setiap bulan Daniel akan datang ke Harvard untuk menjenguknya. Risaulah rindulah katanya. Rajin sangat nak melawat. Padahal nak jumpa dengan Min. Min merupakan anak uncle Johan. Di rumah merekalah Filza tinggal. Bak kata abangnya sambil menyelam minum air. Ceh. Bila dah berjumpa memang banyak lah cerita abangnya itu. Hidup di di US sangat memberikannya kenangan manis. Sememangnya tinggal di negara orang menjadikan Filza lebih matang dan berdikari.

Petang nanti Filza akan berjumpa dengan orang yang akan menjadi teamnya untuk tugasan final projek. Berdua. Dengar kata orang Malaysia. Filza lega. Mohd Fazrul Nizam. Budak Forensik. Lokasi perjumpaan, bawah pokok maple tepi tasik. Filza sangat bersyukur kerana berkumpulan dari orang negara sendiri kerana lebih senang untuk berkongsi pendapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience