Bab 1

Romance Completed 7757

Filza memandu dengan teruja. Berita yang baru dia dengar sebentar tadi benar-benar membuatkannya gembira. Permohonan untuk masuk ke Harvard telah lulus dan dia akan pergi terbang ke Amerika bulan depan. Weeee~ Tak sabar betul nak balik rumah beritahu mama dengan papa. Dia bercadang untuk memberitahu berita itu ketika makan malam. Kereta Lamborghini putih milik abangnya meluncur laju. Makin lama makin laju. Selaju hatinya yang tidak sabar-sabar menyampaikan berita itu.

Tiba-tiba ada seorang Bangla melintas dihadapannya. Dia mengelak supaya tidak berlanggar dengan orang itu, dipusingnya stereng ke kiri arah sebuah stesen minyak. Akibat terlalu laju dia gagal mengawal kereta itu lalu merempuh pejabat yang ada di stesen itu. Bunyi dentuman itu agak kuat. Seorang lelaki kelihatan terkebil-kebil sambil memegang secawan kopi cap kapal api. BETUL-BETUL KAW. Tapi apa yang baru dilihatnya sebentar tadi lagi kaww.

Filza mengangkat mukanya perlahan-lahan dan jantungnya berdegup kencang. Dilihatnya asap berkepul-kepul dari arah depan kereta. Dia melihat sekeliling, mujur orang tak ramai mengisi minyak waktu itu lalu dia meraba-raba dirinya kalau dia tercedera. Okeh selamat.

“Alamak mati aku. Apa yang aku dah buat ni?? Papa is going to kill me seriously!” Filza perlahan-lahan meluru ke bahagian hadapan kereta itu. Hancur. Hancur sebab rempuhan manja yang baru dia buat sebentar tadi. Hampir separuh bahagian kanan petrol station itu hancur dan ia adalah sebuah pejabat. Abang mesti bunuh aku fikirnya.

“Weyh. Kau kan yang langgar pejabat ni. Kau ni gila ke hah? Nasib baik aku tak ada kat dalam kalau tak aku dah lama mati kau tau. Kau ni ada lesen ke tak ni? “ lelaki itu meluahkan apa yang terbuku dihatinya.

Dia ni sebenarnya hanya office boy buat part time di situ. Selalunya office itu akan ada pengurus tetapi pada hari itu dia mengambil EL jadi tinggal lah budak lelaki ini sahaja. Nasib lelaki ini baik kerana dia pergi membuat kopi dan tidak ada di dalam office itu pada waktu itu. Dipandangnya Filza. Filza buat tak tahu. Dilihatnya perempuan itu sedang menelefon seseorang. Akibat rasa diabaikan dia merampas telefon Filza. Filza memandang lelaki itu dari bawah ke atas. Nampak gaya umur 20-an. Muka kacak. Ada tahi lalat kecil di bawah matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience