Bab 14

Romance Completed 7757

Filza terkejut sebaik sahaja pintu lif terbuka. Sudah lama dia tidak menatap wajah itu. Dua-duanya diam membisu dan membeku. Tertera G di tepi lif, pintunya terbuka. Fazrul mempercepatkan langkahnya walaupun berat. Hari-hari yang dilaluinya terasa berat dan dia sedar yang sebenarnya perasaannya terhadap Filza adalah cinta. Tiada siapa yang boleh menukar kenyataan itu. Cuma dia terlalu ego untuk mengakuinya. Mengada-ngada betul.

“Fazrul” langkahnya terhenti sebaik sahaja Filza memanggilnya. Filza tercungap-cungap. Dia cuba melangkah tetapi di halang Filza.

“Weyh. Kenapa kau cuba larikan diri daripada aku. Aku ada benda penting nak cakap dengan kau.” Fazrul mengendahkan dan cuba melarikan diri. Filza tetap mengejar. Di hujung jalan Fazrul menoleh.

“Dengar sini, kau dengan aku tak ada apa yang nak dibincangkan. Aku benci kau. Kau tak faham ke. Berapa kali aku kena cakap!” dia terus menoleh kehadapan dan melintas. Hatinya menangis kerana mengucapkan kata benci. Tak. Tak aku kena kuat. Mak aku mati sebab dia. Dia pembunuh.

Tanpa disangka sebuah kereta memandu laju ke arah Fazrul. Filza terus ke tengah jalan dan menolak Fazrul ke tepi. Akibatnya kereta itu melanggar Filza dan Filza berguling. Darah mengalir keluar dari badannya. Fazrul terkejut dengan apa yang terjadi sebentar tadi. Dia terus berlari mendapatkan Filza. Kakinya menggigil. Filza memandangnya sayu. Fazrul mengangkat tubuh Filza ke atas ribanya dan orang ramai mula berkerumun di sekeliling mereka.

” Apa yang kau buat ni Filza. Kenapa kau bertindak bodoh? air matanya mula mengalir. Filza selamatkan nyawanya!

“Fazrul aku benar-benar minta maaf. Aku tak berniat nak..” kata Filza dalam kesakitan.

“Tak. Tak. Aku dah lama maafkan kau Filza. Filza kau akan selamat. Aku janji. Kau akan selamat. AMBULAN! Tolong panggil ambulan!” jeritnya kepada orang di sekelilingnya. Air matanya semakin deras. Jika apa-apa yang akan berlaku dia tak akan memaafkan dirinya.

Filza tersenyum lemah, “Baguslah. Lega rasanya.”

Makin lama senyuman itu makin pudar, tangan Filza terlepas dari genggamannya. Filza diam seperti tidak bernyawa.

“FILZA!” Fazrul meraung .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience