Bab 11

Romance Completed 7757

Hujan lebat masih lagi menghempas daun tingkap, menyebabkan keadaan di luar kelihatan gelap gelita sedangkan suasana di dalam terang benderang dan ceria. Di suatu sudut, Filza sedang leka merenung buku dan dia pasti itu adalah sebuah diari. Hari itu merupakan hari sambutan krismas di kampusnya. Semua pelajar merasai bahang krismas tetapi tidak bagi Filza. Hadir hanya memenuhkan kedatangan. Buku itu direnungnya tajam. Diari itu dijumpai selepas habis perbincangan dengan Fazrul. Dan itu sudah semestinya milik Fazrul. Niat di hati rasa bersalah kerana membaca peribadi orang tetapi hatinya tetap meronta. Mungkin di dalam diari itu, dia mungkin tahu mengapa Fazrul amat membencinya.

Perlahan-lahan dia menyelak diari itu. Dia terus mencari tarikh dia melanggar office itu.Dia membaca dengan penuh teliti. Ketika membaca, tidak disangka-sangka air matanya mengalir.

“Ya Allah. Apa yang telah aku lakukan” air matanya semakin deras.

Pada hari Filza merempuh officenya itu, Fazrul telah dibuang kerja oleh uncle Filza kerana bimbang jikalau Fazrul membuat polis report. Filza tidak tahu menahu langsung tentang pemecatan itu. Patutlah keesokkan hari insiden tu, Filza pergi ke petrol station dia dah tak ada.Dia diberhentikan tanpa gaji padahal wang gaji itu untuk membiayai yuran pengajiannya kerana bilnya sudah tertunggak. Filza tidak menyangka unclenya bertindak kejam. Macam tak percaya. Fazrul bukan berasal dari keluarga kaya dan dia juga tidak mampu. Akibat tidak dapat membayar yuran pengajiannya, Fazrul dibuang kolej. Berita tentang pembuangan kolej itu telah membuat ibu Fazrul terkena serangan jantung lalu meninggal dunia. Dia dapat masuk Harvard berkat dari keputusannya yang cemerlang hasil ihsan JPA. Itu sudah cukup jelas mengapa setiap kali berjumpa dengan lelaki itu, lelaki itu sering mengatakan yang dia sangat membenci dirinya.

Filza hanya membaca muka surat yang bertarikh 24/6/2011 dan beberapa hari selepas itu. Dia tidak mahu lagi membaca cemuhan Fazrul terhadap dirinya. Nasib Fazrul baik sebab Filza tak membaca apa yang dia tulis semalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience