Bab 12

Romance Completed 7757

Esok dia akan pulang ke Malaysia. Filza sibuk mengemas barangnya.Tiba-tiba dia berhenti sejenak. Kejadian minggu lepas, membaca diari Fazrul tanpa izin telah meninggalkan kesan terhadap Filza. Biasanya Filza akan menghabiskan masanya dengan membaca tetapi kini hanya termenung. Ada suatu pagi dia terserempak dengan Fazrul, Fazrul menuduh Filza mengambil diarinya. Filza menafikannya. Dia memulangkan diari itu di bawah timbunan buku Fazrul dan Fazrul akan menganggap yang dia tertinggal diarinya dibawah timbunan buku itu. Loceng rumah berbunyi. Filza berjalan ke arah pintu dan terkejut.

‘Oh tidak. Apa yang abang buat kat sini?” Daniel terus masuk ke rumahnya.

“Ada banyak lagi ke barang nak kemas?” Daniel berkata seolah-olah mahu membantu sementara matanya liar mencari seseorang.

“Tak, abang dah makan?” Daniel menggeleng.

“Jasmin mana?” soalnya yang belum sempat menarik nafas penat.

“Abang, Jasmin and her family ada vacation. Dia orang pergi Hungary. Rasanya balik hari ni.” Daniel tersenyum lebar.

Ketika makan tengah hari, Filza memasak spaghetti. Pandai juga adik aku ni masak. Bagus Bagus. Filza memusing-musingkan garfunya.

“Kenapa tak makan?” tanya Daniel sambil meneguk jus orennya.

Filza menceritakan segalanya. Daniel hanya menjadi pendengar yang setia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience