Bab 13

Romance Completed 7757

“Kau tak cemburu ke kawan-kawan kita semua dah nak kahwin. Kau bila lagi?”

Filza menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mata tertumpu ke screen laptopnya.

“Kau ni. Kita ni muda lagi kau tahu.Hidup masih panjang” matanya beralih ke muka Lin. “Kau nak tahu tak. Aku punya prinsip, dalam hidup aku tak ada istilah teman lelaki sampai aku kahwin. Kau faham?” matanya ke skrin laptop semula.

Lin mencebik. Bukan apa, Filza ni cantik cuma terlalu memilih. Dah berapa puluh dah yang datang rumah sewa mereka kerana mahu mendapatkan cinta Filza. Tetiba loceng berbunyi.

“Hah Filza hati mamat mana pula yang kau hancurkan lepas ni.” Lin berjalan kearah pintu dan menyelak langsir. Tiba-tiba dia dia berlari sepantas kilat naik ke atas. Filza bingung lantas pergi melihat apa yang buat Lin terkejut. Nak kata malam Jumaat hari ni malam Isnin. Filza membuka pintu dan muncul lelaki yang bernama Daniel. Patutlah Lin lari macam pelesit.

“Jemput masuk.” nada Filza sopan.

“Filza dah makan?” soal lelaki itu. Daniel merupakan abang kepada Filza yang sangat digilai oleh Lin.

“Abang nak apa sebenarnya datang rumah Filza?”

“Abang nak ajak Filza balik rumah. Filza, papa tak marah dengan dah sebenarnya.Papa kata kalau Filza tak nak kahwin dengan Faidi tak apa papa ok je” terang Daniel.

“Serius? Habis tu macam mana perjanjian dia dengan uncle Hamdi yang mengarut tu? Filza menjeling.

“Alah benda kecil. Papa dengar kot apa yang abang cakap kat dia. Abang ni kan anak kesayangan. Ala macam lah abang tak tahu siapa yang ada di hati Filza sebenarnya.” Daniel berkata yakin.

“Entah la bang. Ingat tak masa hari terakhir Filza kat sana, Filza cuba cari dia tapi tak jumpa. Nak luahkan semua benda yang terbuku kat hati ni. Dua tahun dah berlalu. Macam tak ada jodoh kan bang Filza nak minta maaf dekat dia.” nada Filza kesal.

“Abang Daniel nak minum apa? Biar Lin buatkan atau abang Daniel lapar? Cakap je biar Lin masakkan.” sampuk Lin yang sekarang kelihatan 90 peratus cantik berbanding tadi setelah mengenakan make-up. Daniel buat muka tak selesa. Aduh minah ni. Serius aku annoying. Filza ketawa kecil melihat perbuatan bestfriend nya itu. Dari sekolah lagi kot dia dok usha si Daniel ni.

“Aku nak ikan pari masak asam pedas. Kau tau, abang aku ni memang suka lauk tu. Kalau kau boleh kalahkan mama aku, confirm kau boleh pikat dia ni. Kalau kau tak tahu macam mana nak masak baik kau belajar. Hah lepas ni jangan pula kau lupa belanja aku sebab aku dah kasi tips yang berharga kat kau ni.” terang Filza panjang lebar.

Lin mengangguk-angguk semangat. Daniel menjeling tajam dan berbisik “ Filza jangan memandai bagi harapan palsu ok” katanya memberi peringatan yang sekarang statusnya in relationship dengan Jasmin.

Percintaan jarak jauh tu. Walaweyh. Tetapi Filza tidak yakin dengan hubungan mereka. Dia sangat kenal Jasmin. Macam lalang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience