Bab 15

Romance Completed 7757

“Kau bila nak kahwin?” kata Fazrul kepada Daniel. Daniel tersenyum lemah.

‘Kau tahu kan apa yang terjadi pada aku. Selepas aku kehilangan dia, aku rasa dunia ni dah tak bermakna. Tak ada seorang pun dapat gantikan tempat dia di hati aku. Baru aku faham perasaan kau waktu adik aku tinggalkan kau dulu” kata Daniel hampa. Matanya merenung dinding. Jasmin telah berkahwin dengan lelaki lain. Itulah bahana percintaan jarak jauh kot.

“Rasanya sakit. Sakit sangat. Aku faham perasaan kau. Tapi kau kena tahu, hidup perlu diteruskan. Kau ingat dia suka kau macam ni. Kalau dia tahu kau hanya buat dia sedih percaya cakap aku”. Fazrul memberi nasihat.

“Aku memang beruntung sebab dapat adik ipar yang memahami macam kau ni. Rasa menyesal pula aku tumbuk kau dulu. Kau ingat lagi tak? Haha.” Daniel cuba menyingkap masa lalu.

“Memang beruntung. Aku boleh rasa lagi macam mana tumbukan maut kau tu. Eh mana Filza ni. Lama pula dia keluar.” Fazrul melihat jam tangannya.

“Aku memang bahagia tengok korang bahagia. Peristiwa yang berlaku banyak bagi kita kekuatan kan” Fazrul mengangguk.

“Bye abang, nanti Filza telefon Filza balik pukul berapa. Filza masuk ke dalam kereta sementara Fazrul menutup pintu itu. Fazrul memberi isyarat untuk bertolak.

“ Kita nak beli barang hantaran ni kat mana ni? Filza memulakan bicara setelah lima minit membisu.

“SOGO. Abang nak beli perfume baru tu lah. Masukkan dalam list hantaran Filza ye.” Fazrul tersenyum. Baru Filza perasan yang Fazrul mempunyai lesung pipit dibawah dagu kirinya. Selalunya mana pernah senyum! Dia menyambung lagi, “ Filza, sekarang ni abang rasa abang bersyukur sangat. Semua yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. Dua bulan Filza terbaring koma. Abang cukup menyesal apa yang telah berlaku. Ego abang terlalu tinggi. Abang minta maaf.” nadanya kedengaran jujur.

“Ok je. Best apa koma. Kalau kereta tu tak muncul mungkin kita tak akan macam ni. Eh tak. Kalau Filza tak langgar stesen minyak lima tahun lepas, kita tak akan jumpa. Jadi mari kita berterima kasih kepada stesen minyak tu. Eh tak. Filza rasa kita kena cari Bangla yang melintas masa tu. Kalau tak ada dia, kereta yang Filza pandu mana pergi ke arah abang” Filza tersenyum lebar.

“Haha. Best koma? Filza tak tahu betapa risaunya abang. Betul lah tu. Hmm bangla tu. Kita nak cari kat mana eh? Fac? Twitter? ..haha” senyum Fazrul makin lebar menampakkan lesung pipitnya yang dalam.

Filza tersenyum manis dan itulah senyuman yang sering membuatkan hati Fazrul sering berdegup kencang. Banyak betul dugaan yang dilalui oleh Filza. Koma selama dua bulan, dia amat bersyukur kepada yang maha Esa kerana masih memberinya peluang untuk hidup. Selepas ini dia akan melangkah ke alam perkahwinan. Tak sabar rasanya hari yang akan mendatang. Apa sahaja halangan yang bakal dilaluinya nanti dia tidak takut kerana dia sudah bersedia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience