BAB 15

Romance Completed 6672

Sophia mengerutkan dahinya. Terkono eden. Lama-lama, dia juga menarik senyuman. Setelah itu, dia ikut serta Jim yang ketawa berdekah itu. Haih, kan best boleh ketawa pasal hal remeh temeh ni. Buat apa nak kerut-kerut dahi bagai over a simple thing. Bukan hal dunia pun sampai nak serius tahap petala ke lapan.

“Suka I dengar you gelak. Kerja I dah terlampau serious and life threatening, so bila I dengan you, I tak nak serious-serious, kerja I dah cukup untuk semua tu. I nak, perkahwinan kita nanti full of joy and laughter, boleh?”

Jim bersuara apabila sudah selesai gelak. Sakit perut gelak kuat-kuat. Komander hati kering pun manusia tau, kena gelak.

“We will see how. I’ll try not to be to darn serious.”

Sophia senyum. Pertama kali dalam hidupnya gelak sebegitu kuat.

“Good girl. Sekarang, kita break the news dekat pasangan dua sejoli tu.”

Kata Jim sebelum meneruskan pemanduan. Betul kata Jade, hari ni memang dia dapat chance untuk mend things dengan bidadari dia ni.

***

Sophia yang baru masuk ke dalam rumah itu terkaku dengan serangan tepung yang tiba-tiba melayang ke mukanya. Dua orang kat depan dia itu pun sudah bermandikan tepung. Macam budak-budak, main tepung dalam rumah.

“Akak! Sorry, sorry, kami tak sengaja.”

Mysara menggelabah tak tentu hala. Jade punya pasallah ni, dia tengah nak buat kek kat dapur, Jade datang pastu siram dia dengan tepung gandum. Dari sana mereka berperang tepung, dan tak sedar pula bila kakak dia ni muncul.

“ Korang gila ke main tepung pukul 1 pagi?”

Suara di belakang Sophia bertanya. Sophia masih lagi kaku. Jade sudah memandang ke arah Jim. A’ah kan, Mysara buang karan nak buat kek malam-malam buta.

“Kami have fun saja Jim oi. Manalah tahu Sophia nak balik malam ni.”

Sinis ayat Jade itu. Jim sudah bagi death glare pada Jade. Mulut tu jaga, nanti aku cili jugak kat sini.

Sophia pula mencapai plastik tepung yang ada dalam tangan Mysara, dia mengambil segenggam tepung dan melayangkan pada Jim yang sudah ada di tepinya itu. Muka Jim memang speechless. Selepas itu, dia menuangkan kesemua tepung itu ke atas badan Jade. Semua di sana terkaku dengan tindakan Sophia. Ingat dia nak marah sebab rumah bersepah, tapi sebaliknya berlaku.

Sophia mengeluarkan handphonenya lalu ‘snap’. Precious betul riak wajah keduajejaka itu.

“Akak, sihat idak?”

Mysara bertanya sebabterlampau terkejut dengan kenakalan kakak nya itu. Sophia tergelak.

“Sihat dik! Sekarang dik, kita lari!”

Sophia menarik lengan Mysara lalu berlalu ke tingkat atas. Jade pandang Jim, Jim pandang Jade. Terkaku mereka.

“Kau buat apa kat kakak ipar aku tu?”

“Rule number 6 yang kau ajar masa kita mula-mula kawan dulu.”

Jade mengangguk. Jim senyum.

“O-kay. So, nak kejar mereka ke ni?”

Jade bertanya lagi. Jim tarik senyum nakal.

“Kau kejar bini kau. Aku punya bakal bini, kahwin nanti kaw-kaw dia kena kejar ngan aku.”

Jim kenyit mata pada Jade. Alright man.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience