BAB 10

Romance Completed 6673

“Sophia nak terima ke?”

Angguk.

“You sure?”

Mysara bertanya geram. Hish, angguk angguk angguk je kerja Jade ni.

“Sure, Komander kita tu got plenty of tricks up his sleeves. Kita doakan saja mereka punya relationship tu on balik, okay? Now, kita breakfast in peace. Sedap Bambam masak. Padanlah BambamBaby ni tembam semacam, hari-hari makan best. Lepas ni, baby pun tembam balik.”

Mysara angguk. Seronoklah kalau Abang Jim tu kahwin dengan Sophia. Eh wait, apa tadi? Komander?

“Abang Jim Komander? Since when? Bukan dia kerja dengan daddy dia ke?”

Jade tersedak. O-uh, rahsia cik abang spy tu sudah terbongkar. Dia memandang Mysara, macam mana nak kelentong ni? Banyak sangat dah dia reveal.

“Urm, Bam, pinky promise jangan bagitahu siapa-siapa ya?”

Mysara angguk. Janji.

“Jim is a secret agent. Macam James Bond tu, Cuma dia Badrul, Jamal Badrul. Sebab tu dia tahu Sophia tu pergi mana, sebab masa dia together dengan Sophia, dia ada bagi gelang tangan pada Sophia, kat gelang tu dia ada letak tracker, and nampak gayanya, Sophia masih pakai gelang tu because Jim tahu location Sophia sekarang ni, therefore, I think that Sophia masih sayangkan Jim tu.So, kita harap saja yang hipotesis kita tu betul.”

Jade berkata tenang. Mysara tetibarasa macam dalam movie. Wah, Abang Jim hot tu secret agent? Wah! Jamal Badrul is James Bond Malaysia? Fuyoo, cool gila.

“Bam pun rasa yang Sophia masih in love dengan Abang Jim. Cuma biasalah, dia kan hati kering, tak tunjuk punya kat orang. Eh, tambah lagi Baby nasi goreng tu.”

***

Sophia mengeluh perlahan. Sampai hati Mysara buat dia macam tu sekali. Dia ni kakak kandung Mysara, apakah dia ni terlampau bengis, terlampau serius sehinggakan adik dia sendiri dah kahwin dan dia adalah orang terakhir yang dapat tahu?

‘Agak kurang ajar, tetapi Mysara tak fikirkan ke perasaan aku ni sebagai kakak yang jaga dia dari kecil lagi? Ex tunang akupun dapat tahu, siap jadi saksi lagi tu, okay, fine! Kalau Mysara tak nak aku dalam hidup dia lagi, aku okay saja. Orang tak mahu, kita jangan nak terhegeh. Adik ke, apa ke, hish!’

Terkesan di hati Sophia. Memang, pada dasarnya dia buat buta saja, orang tak nak kita jangan terhegeh, tapi Sophia rasa macam nak menangis saja sekarang ni. Sedih, terkilan juga dia. Memang, dia benci ex tunang dia, dan memang ada sekali dua dia marah pada Zahid tu, tapi tak bermakna dia menghalang cinta adik sendiri. This is just too much.

“Cik, masuk dalam. This is my seat.”

Sophia yang tadi mengelamun kembali ke dunia nyata.

‘Hish! Kenapalah aku tak beli saja dua seat tadi? No privacy dah ni.’

Gumamnya sambil menginjak ke dalam.

‘Orang depan ni pun satu, bas tak jalan lagi seat tu sudah di jatuhkan. Ingat ni aeroplane ke? Nak letak kaki pun tak muat ni.’

Sophia masih menggerutu di dalam hatinya. Nak tak nak, kenalah ke seat sebelah. Lelaki tadi dah pun duduk. Sophia menjeling ke sebelah, mak ai, berspek mata bagai, cik abang silau ya? Silau cahaya bulan ke? Malam-malam buta pun nak tayang Carrera dia, ingat stylo sangat lah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience