BAB 7

Romance Completed 6673

“Adik takut akak kecewa sebab adik kahwin dengan Jade. Adik cintakan Jade, dari masa akak dengan Abang Jimmy masih together lagi, dan bila akak break dengan Abang Jimmy, akak pun jadi bencikan Jade. Adik rahsiakan relationship kami sebab adik tak nak akak kecewa. Adik takut akak rosakkan plan kami nak kahwin, itu saja.”

Mysara menerangkan situasinya. Sophia kena faham, dia buat semua ini supaya semuanya berjalan lancar.

“Oh,can you see me smile now? Adik dah kecewakan kakak, sangat-sangat. Semua orang dah tahu adik kahwin, kecuali akak? I bet, Jim pun mesti hadir sama kan korang kahwin? Akak saja macam dungu. Sampai hati ya adik, buat macam ni pada akak?”

Sophia berkata geram, dan juga sedih.

“Sophia, kau jangan nak touching sangatlah. Mysara nak kami kahwin dulu, sebab dia kenal perangai kau tu macam mana. Kau benci aku sebab aku rapat dengan ex engkau. And you know what, aku relieved sangat kau tak jadi dengan Jim, sebab kau tuterlampau demanding. Never understanding, selalu merungut dengan Jim tu. Lepastu, kau senang-senang nak tuduh dia main kayu tigalah, curanglah. Padahal, kau dah tak boleh tahan dengan dia yang tak up to your taste kan?”

Jade mencelah. Oh man, that is not a smart move. Jangan, sesekali masuk campur orang perempuan tengah gaduh. Nanti, kau yang jadi mangsa.

“Baby! Apa you ni, tak baik tau.”

Mysara sudah memukul dada Jade. Sophia pula sudah merah matanya. Bull’s eye. Kata-kata Jade tepat kena pada sasaran. Tapi, memang Jim curang!

“Kau tak tahu apa-apa, jangan ungkit hal aku dengan dia! Dia curang, aku nampak dengan mata aku sendiri.”

Sophia bersuara. Bibirnya diketap, gigi dikancing. Tangan dia rasa nak melayang lagi sekali.

“Aku tak tahu apa-apa? Kau dengar sini, aku yang teman dia malam-malam, macam orang tak tentu arah kau tahu mamat tu? Lagi seminggu kau nak kahwin, kau boleh tuduh dia macam tu? Kau memang heartless lah, Jim tu bukan main baik, kau tu yang buta. Tapikan,aku pun tak faham kenapa sampai sekarang dia tak boleh lupakan kau?”

Sophia merengus. Jade menyambung ayatnya.

“Kalau aku jadi dia, dah lama aku benci-benci dengan kau, dahlah 24/7 uptight, tak reti nak manja-manja, selalu marah-marah tak tentu hala, tapi mamat tu still tahan dengan kau. Kalau kau nak orang sayang kau, you better change your view about life. Learn to appreciate people!”

Sophia terdiam. Salahkah dia selama ni? Salahkah dia selalu lookout untuk adiknya? Salahkah semua itu? Salahkah dia kerana minta putus dengan orang yang telah curang pada dia? Kenapa semua orang nampak salah dia? Kenapa tak ada seorang pun nampak kesalahan Jim tu?

“ Aku tahu, kau yang jadi mangsa keadaan, anak sulung, kena jaga adik, benda tu mungkin yang menyebabkan kau serius memanjang, tapi beb, sekarang semua sudah berlalu, you think about yourself, Mysara can think for herself.Kau dah besarkan such a great lady, Sophia. Tapi kau kena ubah cara engkau, if you also want to be happy like your sister. Cuba kau tengok, dalam sehari, berapa kali kau senyum? Berapa kali kau gelak? Selama kau dengan Jim, tak pernah aku tengok korang bergurau, ketawa pun tak pernah, macam korang bermusuh pun ada. Aku memang tak pelik bila korang break. Aku pelik sebab kau tuduh Jim tu buat hal.”

Jade menghembuskan nafasnya. Dia memandang Sophia, Sophia yang bermuka tanpa riak itu. Keras betul perempuan ni...

“Dah habis dah Zahid? You know what, thanks for your concern, but I couldn’t be bothered dah sekarang. Hal Jim dengan aku, hal kau dengan Mysara, biarkan. Malas aku nak fikir. I feel so stupid right now.”

Sophia berkata lantang. Mukanya sehabis daya ditahan agar tidak tunjuk betapa hancurnya hati ketika ini. Dahulu, tunang sendiri yang tinggalkannya, sekarang, adik kandung pulayang membelakanginya. Keji sangat ke dia, kalau dia tak tahu nak have fun dengan orang lain? Serius sangatkah dia sampai semua orang lain tak sukakan dia?

“ Adik, kakak masuk tidur dulu. Penat. Akak minta maaf sebab marah kamu tadi. Salah akak sebab tak tahu kamu dah kahwin.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience