BAB 8

Romance Completed 6672

Kata Sophia sebelum berlalu ke bilik. Jade memandang Mysara, Mysara memandang Jade.

“Baby, hari tu you sendiri kata jangan masuk campur hal Jimmy dengan Sophia, tadi tu apa? Dahlah, you masuk tidur. I pergi pujuk kakak.”

Jade mengerutkan dahinya. Aik, Mysara pula nak cari gaduh ni? Hish!

“Tak payah pujuk sekarang, kasi dia cool dulu, pagi karang kita pujuk.”

Kata Jade sambil menarik tangan Mysara ke dalam bilik. Pujuk sekarang pun, Sophia tu takkan dengar punya.

***

Badan Jade yang berselimut tebal itu dicucuk-cucuknya. Tidur macam balak, tak sedar dunia.

“Baby! Bangunlah oi. Sophia tak ada dalam bilik dia ni. Bam runsing ni.”

Mysara menjerit di telinga Jade. Jade mengeluh lalu memusingkan badannya menghadap sang isteri.

“Dah check bawah katil ke? Cuba bait dengan Frieskies.Ada lah tu.”

Mysara menggelengkan kepalanya. Laki dia ni, mengigau ke? Sedar ke tak yang mereka ni berada di rumah Mysara, bukan rumah dia yang ada kucing dua tiga ekor tu.

“Baby, kita ada kat rumah Bambam ni Baby. Bukan rumah you. Sophia tu my sister, bukan kucing ya.”

Jade tegak apabila mendengar penjelasan Mysara. Aduh, lupa pulak scene pepagi buta tadi.

“Sophia hilang? Hilang ke lari?”

Sempat lagi Jade ni. Mysara mengeluh, ada jugak yang kena tarik telinga nanti ni.

“Baby, why not you go see for yourself? Banyak soal betul.”

Jade dengan malas bangkit dari katil. Dia ke bilik air untuk mencuci muka, setelah itu, langkah dipanjangkan ke bilik Sophia. Pintu ditolak dan memang sah benar apa yang Mysara kata tadi. Sophia tak ada. Cadar katil tegang, langsir terikat rapi, tuala basah tersidai elok pada penyidai, dan Jade cepat-cepat ke almari kakak ipar dia itu.

“Fuh! Bambam! Almari dia penuh lagi ni, releks lah, dia tak lari jauh tu. You jangan risau, I’ll take care of everything.”

Jade berkata sambil mengambil tuala dan kembali ke bilik air. Dan, apa yang dia maksudkan oleh‘take care of everything’ itu, dia tahu seorang manusia yang masih tahu segala jejak langkah wanita bernama Sophia itu.

Jamal Aidan bin Dato’ Haji Badrul, kau memang nak kena sebab tak warn awal-awal yang Sophia dah tiba kat Malaysia. Kawan baik yang memang nak makan selipar jepun betul. Tak guna punya Jimmy!

***

“ Jim, kau nak kena dengan aku kan?”

Jade mengeraskan suaranya. Orang di sebelah lagi talian itu hanya tergelak. Kejam betul Komander hati kering ni.

“Dude, waktu dia land tu sudah pukul 2 pagi. Aku tak mahu kacau honeymoon korang saja.”

Jade mengetuk permukaan sudu pada bibir cawan kopinya. Mata ralit memandang Mysara yang tengah menggoreng nasi di atas stove.

“Banyak lah engkau. Kau sengaja nak suruh kami kena tangkap dengan singa tu, kan? Kau ni kan, ish.”

Jim tergelak lagi sekali. Suka dapat buat kawan baik sendiri marah. Itulah engkau, sehati kering Jamal Badrul ni pun, dia takkan kahwin anak dara orang senyap-senyap. Padan muka, kan dah kena dengan kakak ipar sendiri. Drama drama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience