BAB 12

Romance Completed 6672

Setelah itu, Jim ke bahagian driver dan memboloskan dirinya ke dalam compartment kereta itu. Sophia membuang pandangannya ke luar. Dia tak kenal dah siapa Jim di sebelahnya itu.

“Pakai seat-belt.”

Kata Jim sepatah sebelum menghidupkan enjinnya. Sophia mengikut arahan, lalu sambung merenung ke luar. Malas nak hadap muka lelaki tu, tak dak kheje nak hadap muka jantan tu.

Sepanjang perjalanan mereka hanya bertemankan CDentah apa-apa Jim itu. Sophia malas nak bertanya apa-apa, Jim pula hanya menumpukan perhatian pada pemanduannya. Tiba-tiba, Guns N’ Roses berkumandang dari CD Player. Kalau lagu ala head banging tu tahan la jugak, ini tak, lagu This I Love, aiseh, feel habis!

/‘So if she's somewhere near me I hope to God she hears me There's no one else could make me feel, I’m so alive!’/

Sophia sudah meletakkan jarinya pada punat off radio itu. Namun, Jim lebih cepat mencengkam lengannya. Tak jadi nak off radio itu. Entah bila Jim berhenti di tepi jalan, sekarang Jim tengah pandang wajah Sophia.

“I hoped she'd never leave me Please God you must believe me I've searched the universe And found myselfwithin her eyes...”

Sophia terkaku di tempatnya. Jim menyanyikan rangkap lagu yang paling sedih pulak tu. Apa maksud Jim?

“I found myself within your eyes, Pia. Please don’t leave me.”

Jim bersuara perlahan. Matanya penuh mengharap. Sophia memalingkan wajahnya ke hadapan.

“I did not leave you. You yang tinggalkanI,two years ago, untuk perempuan tu. You jangan ingat I nak benarkan you masuk balik dalam hidup I macam tu saja, Jamal. You dah kecewakan I. You curang.”

Sophia berkata. Setitis air matanya menitis. Haila, dalam banyak-banyak orang, kenapa air mata dia ni nak keluar depan musuh ketat dia ni juga? Musuh ketat yang dia masih sayang?

“ I tak pernah tinggalkan you, Pia. And I rasa you masih sayangkan I, sebab you masih pakai benda ni.”

Sophia memandang Jim tajam. Matanya kini tertumpu pada gelang pemberian Jim semasa majlis pertunangannya. Cincin dah bagi balik, gelang pula lupa.

“Bagus. You boleh ambil balik gelang murah you tu. Urgh, I am sick of all these! Mula-mula you, then Mysara, then you balik? Apa korang nak hah? Aku pun manusia biasa jugak, tolong jangan seksa aku boleh tak? Korang tahu apa hah? Korang tahu apa pasal hidup aku, korang judge aku sebab aku serius, well, aku memang tak reti nak tergedik sana sini, gelak sana sini, I don’t know all that okay! Just,leave me alone!”

Sophia membentak. Jim tersentak. Sophia tak pernah lose control depan orang lain. Sophia nampak sangat kecewa. Apa dah jadi ni? Takkan effect adik sendiri kahwin tak bagitahu tinggal kesan yang mendalam terhadap bekas tunang dia ni?

“Shh...I ada sini. You can talk to me, Pia.”

Jim berkata perlahan. Alahai, kalau dah kahwin, dah lama dia peluk Sophia ni, sedih sangat tengok. Muka dah lencun dengan air mata. Dan yang paling dia tak sangka ialah Sophia yang selalu jaga penampilan tu lap hingus dengan bucu tudungnya. Disgusting but cute.

“You, you are the last person on earth yang I nak cakap tau. I hate you Jim.”

Cakap Sophia dalam sedunya. Jim tarik senyum.

“I know. But I love you. I sanggup tinggal kerja sebab nak trace you kat Kuantan ni tau. Just give me a chance, I’ll promise I’ll be a good listener.”

Jim berkata spontan. Dia sangat prihatin, lagilah Sophia ni menangis. Teringat kata-kata Jade yang Jim ni baik. Sophia cakap dia hate Jim, pun Jim masih cakap dia sayangkan Sophia. Betulkah Jim curang dulu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience