BAB 16

Romance Completed 6672

“Pia, I balik dulu. Esok kita bincang hal nikah!”

Jim melaung dari tingkat bawah. Sophia dan Mysara yang berada di dalam bilik itu dapat dengar dengan clear apa yang dipesankan oleh Komander Jamal Badrul itu.

Mysara memandang kakaknya. Sophia tersenyum manis.

“Akak, adik minta maaf sebab adik belakangkan akak.”

Mysara bersuara. Sophia menarik Mysara ke dalam pelukannya.

“Tak apa, akak maafkan. Salah akak juga. Memang kalau akak tahu, akak dah halang adik daripada kahwin dengan Jade. Tapikan adik, adik dah bantu akak jadi bahagia. Kalau akak tak rasa kecil hati, akak tak akan lari, Jade takkan call Jim, Jim takkan cari akak and explain pasal salah faham kami dulu tu.And, akak won’t laugh like this.”

Sophia berkata sambil tergelak. Mysara juga tergelak.

“Akak kena tengok muka dalam cermin. Macam Opera Cina dah.”

Mysara berkata sambil mencuit hidung kakaknya.

“Kata akak, adik pun sama tau.”

Dan mereka sambung gelak. Setelah itu, mereka menarik nafas yang panjang.

“Okaylah, adik masuk bilik dulu. Jade mesti dah tunggu tu.”

Mysara bangkit. Dia turut menarik tangan Sophia untuk turut bangkit sekali.

“Goodnight. Love you kakak.”

Mysara berkata. Sophia senyum.

“Love you too, adik. Esok kita kemas rumah. Heret Jade sekali. Akak pun nak heret Jim sekali.”

Sophia berkata selamba. Mysara gelak. Haiyo, dah macam Tsunami dah rumah tu. Bersepah.

“Okay, akak jangan mimpi pelik-pelik pasal abang Jim tau.Ngee.”

Mysara mengenyitkan matanya. Sophia blushing.

“Hish budak ni. Nakal.”

Sophia menolak pintu biliknya, tutup. Dia tersenyum sendirian. Setelah itu, dia membuka tudungnya. Kemudian, telefonnya berdering. Baru sahaja dia membuka handbag, deringan sudah tamat.

Namun, matanya tertancap pada sesuatu gadjet, macam casette player, siap dilabel ‘wear me’ pun ada. Oh, very clever mister Jamal!

Sophia menyarungkan ear piece itu lalu mendekatkan benda macam kaset player itu ke mulutnya.

“Jamal, what is all these?”

Sophia bersuara. Sebelah lagi tangannya rancak menyisir rambut yang panjang itu.

“Another trick of mine. Nak jimatkan bil telefon.”

Sophia mendengar suara Jim menggunakan earpiece itu.

“Very funny mister. Dah, I nak tidur.”

Sophia bersuara sambil meletakkan sikatnya itu. Dia berlalu ke tandas lalu mencuci mukanya yang bertepung itu. Setelah itu dia membaringkan dirinya ke atas katil.

“Tidurlah, I pun nak tidur ni.”

Sophia senyum manis. Tapikan, macam mana alat ni boleh berfungsi? Bukankan radius mereka jauh antara satu sama lain?

“Jamal, macam mana I boleh dengar you clear ni?”

Sophia bertanya dengan suara yang mengantuk. Jim tergelak kuat.

“Dah dua tahun I duduk selang dua buah rumah dari you. I je tak nampakkan diri I.”

Sophia ternganga. Dasar mamat spy! Semua benda dia buat, orang lain tak tahu. Chait.

“Tensyen betul. Nyte!”

“Nyte. Tidur tu jangan kerut muka sayang.”

Jim mengingatkan Sophia. Sophia mendengus.

“Shh, diamlah. Tidur.”

“I nak nyanyi lagu boleh?”

Jim sakat. Sophia malas menjawab dah. Mata sangat mengantuk, sebab penat. Semalam pun tak tidur.

Sedar tak sedar, sang puteri sudah terlenatidak berapa lama kemudian Jim pun turut terlena di dalam biliknya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience