BAB 2

Romance Completed 6672

“Bambam, selama ni Bambam cakap kat Jade yang Sophia tahu tentang kita tu apa? Cakap yang Sophia okay Bam keluar date dengan Jade, semua tu lah. Bam tipu Jade eh selama ni?”

Suara Jade naik seoktaf. Mysara sudah memicit pangkal hidungnya, kan dah kantoi. Matanya memandang Jade, merah dah muka.

“Babyyyy...”

Jade tarik muncung. Alahai, buruk tahu lelaki buat muka merajuk. Mysara mengeluh. Tarik muncung bermakna kena buat super duper sweet lah ni baru dia henti merajuk.

“Don’t babyyyy babyyy me, Bam . Sampai hati Bam tipu Jade. Bam tahukan yang kalau Sophia serius 24 seven tu tak restu kita ni, jangan harap kita nak kahwin. Hish, baru saja nak plan kahwin awal-awal. Ish, Bam ni tak best la. Tak aci, main tipu-tipu pula.”

Cute! Mysara rasa macam nak tarik-tarik saja pipi Jade tu. Tapi tak boleh, kan batal air sembahyang dengan bukan muhrim. Haram.

“Ala babyyy, bukan main tipu, Bam cuma tunggu masa sesuai nak inform kakak kesayangan Bam tu.”

Mysara berdalih, lembut. Kenalah lembut-lembut, baru Jade ni hilang rajuk. Jade yang mendengar itu sudah meletakkan tangannya ke dada. Makin tegang je rasa, bukan makin hilang rajuk ni. Salah teori ni Mysara.

“Bila masa yang sesuai Bam? Bam tak rasa ke Sophia tu akan mengamuk satu alam bila tahu adik dia ni nak kahwin, plus, kahwin dengan bestfriend EX-tunang dia pula tu. Haru Bam, percayalah, Bam bukan makin memudahkan keadaan, but you are inviting a World War III.”

Wajah Jade yang tadinya sudah berkerut bertambah kerutannya. Ini sudah parah, ingat Sophia senang-senang nak let go one and only darah daging dia ni kahwin dengan kawan baik ex-tunang cum musuh ketat dia? Never, not in her lifetime kut. Ini memang parah, tapi Jade nak kahwin dengan Bambam payung emas intan karat dia ni.

“Baby, no worries kay, Bam cuba fikirkan macam mana kita boleh solve this problem. Gimme a minute, nak fikir.”

Mysara berkata dalam nada yang tenang. Matanya dilarikan ke pemandangan di belakang Zahid. Kelihatan para pelayan sedang sibuk mengambil order, macam tak cukup tanah dah kafe itu. Tiba-tiba, mentol di atas kepala Mysara menyala.

‘Ting!’ Idea sudah mari.

Mysara menarik senyumannya, dah macam Chesire cat dah, senyum sampai telinga. Jade mendongkat dagunya pada telapak tangan dan menjungkitkan kening sebelah kirinya.

“Dah dapat lah tu kan ideanya?”

Mysara mengangguk sambil tayang gigi. Zahid senyum. Comel sangat si tembam ni.

“Listen here. Kita...”

Mysara berkata sambil pause. Jarinya ditunjukkan kepada dirinya, kemudian pada Jade. Selepas itu, dia mengangkat peace, dibuka tutup, jari telunjuk dan jari hantu diletakkan pada meja, lalu dilarikan pada permukaan meja.

“Gosh! Apa itu semua? Tak faham lah your non-verbal, Bam. Cakap guna mulut lah, tak payah nak buat sign segala.”

Jade merungut. Mysara mengecilkan matanya. Men are so stupid at times. Benda senang pun tak reti ke?

“Kita kahwin lari lah! Ish! Sengal lababy ni, itu pun tak faham.”

Mysara berkata dengan geram. Jade sudah nyaris tersembam ke permukaan meja kerana tangan yang menongkatkan dagu tadi tergerak ke tepi akibat terkejut dengan pernyataan berani mati Bambam dia tu.

“No way! No! Kita kahwin tak lari. Apa kes nak kahwin lari huh? You nak mom I telan I hidup-hidup ke Bam?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience