“Sayang awak Tan Sri Roslan. Kira on lah ni?”
Dia bertanya untuk kepastian.
“On. Tapi awak, jangan lupa, ayam sekarang ni kena cucuk macam-macam. Ayam bandar, maklumlahkan. Kalau tak tumbuh balik bulu dia, awak tanggung sendiri ya.”
Amboi orang tua ni, bersarkastik pula. Mommy Jade buat tak tahu saja. Dia kembali ke ruang tamu untuk memberitakan khabar gembira itu.
*** Seminggu kemudian***
Sophia menarik begnya keluar dari bonet LIMO itu. Penat, hari ni, balik rumah dia nak membuta sahaja. Handbag di buka dan dia menggeledah segala isi kandungannya.
“Hish,Mana pulak kunci rumah ni? Janganlah buat main kunci oi, sekarang ni pukul 3 pagi, orang lain tengah tidur, aku pun nak rehat.”
Dia menggumam tanda tidak puas hati. Cari punya cari, ada pun kunci itu. Dah jatuh bawah sekali, itulah, guna lagi beg tangan besar gedabak Sophia oi.
Kunci dicucuk pada mangga, selak pagar kecil ditolak dan dia memasuki halaman rumahnya. Mata mengantuknya itu terpandang sebuah kereta yang tidak dikenali di dalam garaj.
“Sejak bila Mysara pakai Lexus Hybrid ni? Banyak pula duit engineer tu sorang ek? Petronas bagi bonus ke?”
Dia bertanya kepada dirinya sendiri. Mangga kembali dikunci dan dia berlalu ke pintu masuk. Gril dibuka, sliding door ditolak dan home sweet home!
Sophia meletakkan kunci di atas almari, dan skarf yang tadinya terlilit di leher sudah selamat dilipat dan diletakkan pada lengan sofa. Matanya memandang ke segenap penjuru rumah, macam ada benda tak kena. Nak kata bersepah, tidak, tapi macam ada aroma lain. Macam bau perfume lelaki pun ada.
Kakinya melangkah ke tangga. Suis lampu tangga sudah ditekan, dan ruangan itu cerah bermandikan cahaya oren. Sejurus dia tiba di tangga terakhir, pintu bilik Mysara pun terbuka. Dia yang baru sahaja ingin menegur adiknya itu terpempan.
Itu.Bukan.Mysara.
Last time dia tinggalkan Mysara, Mysara masih perempuan. Yang ada di depan dia ni, dengan rambut kusut bagai, dengan boxer yang dah nak jatuh tu, memang sah bukan Mysara.
“Bam? Bukan you kat sebelah I ke tadi? Cepatnya you gerak.”
Lelaki itu bersuara sambil menguap. Tangannya masih menggenyeh matanya.Mamai.
Sophia bercekak pinggang. Tangannya naik ke muka lelaki itu. Inilah kerja mereka semasa ketiadaan dia ya? Depan nampak je baik, tapi perangai tu, pergh! Berzina!
Jade yang mamai itu terus hilang mamai apabila ditampar oleh orang yang disangkakan Bambam dia tadi. Perit!Matanya dibuka dan dia dapat rasakan kesemua darahnya turun ke kaki. Oh-Uh! Singa dah balik. Lari!
“MYSARA!! Get over here! Eh jantan,kau pula pergi pakai benda decent sikit!”
Jade menekup telinganya, itu ha, singa mengaum, satu taman boleh dengar. Jade lenyap di sebalik pintu. Mysara puladengan rambut berserabut, lingerie pun bertebalik sudah tegak di atas katil. Setelah itu mereka bertabik hormat di hadapan Sophia.
“ I am so furious right now.”
Sophia memberi muqaddimahnya. Jade, nak tak nak mengangkat tangannya.
“Kak Pia...adik, adik can explain.”
Mysara mencelah. Itu ha, hari tu nak sangat akad nikah tanpa pengetahuan kakak engkau, hari ni, pepandai lah kau explain.
Share this novel