BAB 1

Romance Completed 6673

Hatinya seakan berbelah bagi, kejap nak kejap taknak untuk membuka berwarna biru Tiffany dihadapannya itu. Seakan tak percaya Macam bahawa perkara ini akan berlaku padanya. Kemudian, dia memandang ke arah lelaki yang sedang tersenyum lebar di hadapannya, silih ganti dengan kotak biru itu.

“Jade, baby, what’s the meaning of this?”

Mysara ni pun, sudah terang disuluh kalimantan, masih nak bertanya? Dah trang tang-tang Jade tu nak ajak kau menikah, sebab tu dia kasi cincin tu. Cincin tunang lah tu.

“Marry me bambam?”

Jade bertanya. Matanya menikam tajam wajah Mysara aka bambam dia tu. Aiseh! Mysara pula sudah dapat rasakan rahang dia jatuh mencecah lantai. Come on Mysara, soalan yang dah lama engkau tunggu dalam hidup ni, Jade dah ajak kahwin tu, nak terima ke reject ni?

“ Baby, I mean Mister Mohammad Zahid bin Mohammad Roslan, awak serius ke ni?”

Mysara blurr sekejap. Jade ajak aku kahwin? Oh Allah, rasa nak terbang ke bulan saja. Masalahnya sekarang, tak boleh nak terbang sebab tak ada roket.

“Ish bambam ni. Serius lah. Muka orang buat lawak ke macam ni?”

Mysara mengecilkan matanya. Muka Jade tu habis serius, sah, realiti ni. So, berbalik kepada perkara asal, terima ke idak?

“Muka baby serius habis. Hurm, okaylah. Kita kahwin.”

Jade menumbuk buku limanya ke udara. Semangat nampak nak kahwin. Mysara sengih. Jade ni, memang macam tu.

“Ah, sayang you bambam. Nanti ikut I balik rumah ya? Kita face to face dengan Mommy and Daddy.”

Muka Mysara berkerut. Jade yang perasan akan perubahan riak wajah bambam dia tu sudah rasa cuak. Janganlah ada second thoughts cik Mysara oi. Dah dua tahun kita kenal ni, inilah masanya nak halalkan hubungan kita ni yang oi.

“Ah ah. Itu ha, jangan kerut muka tu. Jangan cakap nak tarik balik yang bambam terima tadi.”

Badan Jade sudah tegak. Mysara menjeling matanya ke arah Jade. Apa yang lelaki tu tengah kalutkan tu? Orang kerut muka pun salah?

“Ish, mana ada baby. Tak tarik balik punyalah. Bam risaukan satu benda sahaja.”

Mysara bersuara. Lega sedikit hati Jade yang mendengar. Okaylah tu, ingatkan nak tarik balik ‘yes’ dia tadi tu. Kalau tarik balik memang haru dunia.

Setelah itu, Jade mengecilkan matanya ke arah Mysarah. Apa dia tadi? Risau? Risaukan apanya?

“Bambam risau pasal apa? Ala, mom tahu lah you walikan hakim nanti. Macamlah mom tak pernah jumpa bambam. Kalau nak dikira, mom dah tengok bambam dah lebih sepuluh kali tau. Dah dah, tak payah risau.”

Mysara mengeluh perlahan. Bukan risaukan mom si Jade ni, tetapi risaukan seseorang tu.Seseorang yang sangat penting dalam hidupnya.

“Baby, bam tak risaukan mom lah, ini ha, bam risaukan...risaukan...”

Mysara menelan liurnya. Gagap pula tiba-tiba. Badan ditegakkan dan dia memandang ke wajah ingin tahu Jade itu. Kening Jade dah terangkat, nak tahu sangat tu tentang perkara yang menimbulkan rasa risau dalam jiwa Bambam dia ni.

“Okay, actually kan, Bam tak story lagi kat Sophia yang Bam dengan Baby ni an item.”

Jade menghembus nafas lega. Oh, itu saja. Wait, tak tak, bukan itu saja, tapi APA DIA?Dia mengerutkan dahinya. Matanya tajam menikam wajah Mysara. Budak ni nak kena agaknya dengan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience