BAB 1

Drama Completed 2949

Sahara lupa sudah berapa kali ibu dan ayah berulang balik ke hospital dan Sahara sebenarnya tidak tahu apa sebanya cuma yang dia tahu ibu menderita sakit di mana keadaan perutnya membesar dan dia rasa bila-bila masa sahaja akan pecah bagai belon.

Malah dia melihat ibunya sudah tak ceria dan cergas seperti dulu, seringkali kepenantan, sering tidur siang dan jarang meluangkan masa bermain dengannya.

Alasan ibu katanya Sahara dan besar, sikit hari lagi dah nak jadi anak dara mana boleh digendong macam budak-budak. Sebab taknak dimarah, Sahara akur dan dia sudah biasa meluangkan masa bersama Bibik Watie yang melayan segala mahu dan sunyinya.

Rumah mereka besar namun Ayah selalu sibuk kerana urusan kerja. Selalu tak ada di rumah.Tapi Bibik Watie Sumiati kata hari ini Ayah tak kerja.Ayah temankan Ibu pergi hospital.

Tapi sampai sekarang Ibu dan Ayah tidak pulang lagi.Sahara rasa sunyi sangat. Bibik Watie sibuk di dapur.Sahara cuma tengok tv di ruang tamu seorang diri.Masa tu, jam pukul sebelas pagi.

Sahara ingat lagi.Sebab masa tu ada kartun Tom and Jerry,kartun kegemaran Sahara beberapa minit kemudian bunyi enjin kereta Pajero mereka berbunyi di luar, itu maknanya ibu dan ayah sudah balik.

Apalagi laju sahaja Sahara meluru keluar namun saat itu juga dia melihat ibunya masuk ke rumah menangis teresak-esak dan naik ke tingkat atas.

Sahara kehairanan, dia menanti kelibat ayah muncul namun ayahnya duduk termanggu di dalam kereta bersama riak wajah keresahan. Lambat-lambat Ayah melangkah masuk ke dalam rumah.Ayah duduk di kerusi di ruang tamu.

Sahara cuba datang dekat. Ayah dukung Sahara dan letakkan Sahara atas ribanya. Kartun kegemaran Sahara masih ditayangkan di televisyen Tetapi sejak tadi Ayah tak ebrsuara cuma bersandar di sofa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience