BAB 4

Drama Completed 2949

Kemudian dia meminta kami memerkenalkan diri masing-masing.Sahara tergamam. Sesi suai kenal?.Tiba-tiba sahaja peluh dingin membasahi badan Sahara.

“Siapa nama awak?.”.Tak sedar sudah sampai giliran Sahara untuk memperkenalkan diri.

“Err..ermm..”.Sahara terkedu.

“Just rela,tell me what is your name..”.Ujar cikgu Diana lembut.

“Sahara Binti Megat Anuar.”.Lancar sahaja Sahara menuturkannya.

Jelas dia terkejut.Wajah Sahara ditenungnya lama.Tiba-tiba Sahara lihat matanya berkaca.Dia menundukkan wajahnya.Seketika kemudian dia terus ke hadapan kelas.

Dia mencapai buku-bukunya sebelum keluar dari kelas.Seluruh kelas terpinga-pinga.Masing-masing merasa hairan dengan tindakan guru itu yang secara tiba-tiba keluar dari kelas tanpa sebutir bicara.

Memang terbukti, dialah yang Sahara cari-cari selama ini!.Dialah orangnya!.

Sahara tak mahu terus menunggu.Sahara terus bangkit dari kerusi dan kejar cikgu Diana.Sahara mahukan penjelasan.Sahara mahu dengar segalanya.Sahara mahu dia menceritakan segala kisah yang pernah menjadi rahsianya selama ini.

Sahara bencikan dia.Dialah yang menjadi pemusnah keluarga Sahara.Dia yang menyebabkan hidup Ayah dan Sahara menderita.Dia yang menyebabkan kami terseksa.Hari ini,Sahara mahu membuat perhitungan !.

“Cikgu Diana,.Tunggu.Cikgu!!”.Sahara berlari ke arah cikgu Diana.

Cikgu Diana tak berhenti.Dia terus berjalan laju tanpa menghiraukan panggilan Sahara.Sahara tahu, dia mahu lari sama seperti yang pernah dilakukannya beberapa tahun yang lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience