BAB 9

Drama Completed 2949

Sahara lihat jari tangan adik.Jari adik pendek dan jari kanannya terlebih satu.Tiba-tiba Sahara rasa sangat sedih..Ini adik Sahara !.Sahara terus peluk adik erat-erat.Sahara lihat adik tersenyum.Sahara gosok kepala adik lembut.Sahara lap air liurnya yang meleleh dengan sapu tangan kecil miliknya.

“Dia adik Sahara !.”.Sahara cakap pada Ayah dan Ibu.Ayah tersenyum pada Sahara. Ibu juga begitu…..

Sahara pimpin tangan adik ke tengah rumah.Sahara nak beri hadiah untuk adik.Adik berjalan bersama Sahara.Dia berjalan terkedek-kedek.Sahara dan bibik membawa adik ke tingkat atas.

Sahara nak tunjukkan pada adik biliknya.Sahara masih ingat, Ayah sentiasa biarkan permainan dan barang-barang kelengkapan adik tersusun rapi di bilik khas.Kata Ayah itu bilik untuk adik.Sahara tak percaya dengan kata-kata Ayah pada masa itu.Tapi sekarang,Sahara dah percaya.

“Selama ini, rupanya memang tak ada ruang langsung untuk abang bertapak di hati Diana..”.

“Kenapa abang cakap macam tu?.”.Diana kehairanan.

“Yelah, siapalah abang berbanding Rusdi..Dia cinta pertama Diana. Diana terima abang selama ini pun rupa-rupanya hanyalah kerana Diana terhutang budi pada abang…”.Kedengaran sayu ucapan itu dipendengaran Diana.

“Bukan macam tu, bang..”.

“Betulkan?. Diana memang tak pernah sayangkan abang.. Diana cuma bersimpati pada abang kerana kehilangan isteri dan terpaksa menjaga anak kecil seorang diri pada waktu itu.”

“ Diana tiada niat macam tu... Sebenarnya Diana ….”

“Tak mengapa Diana, abang faham sudah semuanya”. Uajr Megat Anuar sayu. Benarlah selama ini dia cuma dia yang memuja cinta ini seorang diri.

“Abang Anuar, Diana sayangkan abang dan Sahara juga…” bergenangan airmata Diana menahan hiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience