BAB 7

Drama Completed 2980

Hati Sahara berdebar-debar menantikan saat itu.Siapa agaknya tetamu istemewa yang dimaksudkan Ayah sebentar tadi.Sahara cuba mengawal perasaan dan bertenang.

Sahara tidak mahu terlalu mengharap.Loceng pintu berbunyi menandakan ada orang di luar.Tergesa-gesa Bibik Watie membuka pintu.

“Bapak..bapak!!”.Bibik Watie berlari-lari anak ke arah kami.Matanya berkaca.Bibirnya bergetar.Suaranya tidak keluar.Seolah ada sesuatu yang mengunci mulutnya ketika itu.

“Kenapa ni bik?.”.Sahara rasa hairan.Mengapa Bibik Watie berlari-lari?.

“Assalamualaikum..”.Tiba-tiba seorang perempuan berselendang hitam muncul di hadapan kami.Dia memegang tangan seorang budak lelaki yang comel.

“Waalaikum sa….”.,Sahara terkejut.Belum sempat Sahara habis menjawab salam. Wajah perempuan itu ditenungnya dalam-dalam.Seakan tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya.

“Sahara …itu Ibumu…”.Ujar Ayah.

Perempuan yang sama yang ditemuinya di sekolah tadi.Ya, benar.Cikgu Diana.Dialah guru Bahasa Melayu nya dan juga adalah Ibu yang ditunggu-tunggu olehnya sejak enam tahun lalu.

Sahara menoleh kepada budak lelaki itu, jika benar sangkaannya, budak lelaki itu tentu adalah adik lelakinya.Sahara memeluk budak lelaki itu.Sahara memeluknya erat-erat.Terbayang dirinya dalam tubuh sikecil itu.

“Ke mana Ibu pergi selama ni.Kenapa Ibu tinggalkan Sahara dan Ayah ?.”.Berjuraian air mata Sahara mengalir.

“Maafkan Ibu Sahara …Ibu bersalah pada Sahara dan Ayah mu.Ibu berdosa…”

“Tapi mengapa,Ibu..Mengapa?”.

“Sahara …yang sebenarnya…”.Ibu cuba menceritakan segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience