BAB 6

Drama Completed 2949

“Sahara sayang…Ibu minta maaf..Ibu …”.Suara cikgu Diana tersekat-sekat.Dia terus berlalu meninggalkan Sahara keseorangan di situ…..

Petang itu, sewaktu pulang dari kerja,Ayah membelikan Sahara sekotak hadiah yang besar.Ayah memang tak pernah lupakan hari lahir Sahara.Sahara seorang sahaja anaknya.

Sahara kasihan melihat Ayah.Semuanya Ayah uruskan sendiri. Biarpun Bibik Watie ada, tetapi Ayah lebih senang menguruskan keperluannya sendiri.

Bibik Watie hanya membuat kerja-kerja rumah dan memasak untuk kami.Telefon di ruang tamu tiba- tiba berdering.

Sahara lihat Ayah mengangkat ganggang.Ayah bercakap perlahan.Kemudian Sahara lihat air mata Ayah mengalir.Sahara tertanya-tanya.Ayah bercakap dengan siapa?.

Sudah lama Sahara tidak melihat Ayah menangis.Siapakah yang telah melukai hati Ayah.?.Hati Sahara turut sama merasai kesakitan itu.Sakit melihat lelaki yang paling Sahara sayangi menangis sebegitu.

Sahara seperti hendak membelasah orang yang telah membuatkan Ayah bersedih.Sahara tidak suka melihat Ayah menangis.Sahara benci sesiapa pun yang buatkan Ayah menangis,terutamanya perempuan itu!.

“Sahara …”.Panggil Ayah.

“Ya,pa.”.Sahara segera menyahut.

“Petang ini, ada orang yang sangat istemewa akan datang untuk sambut hari lahir Sahara bersama-sama.”.Ujar Ayah.Ayah tersenyum.Sudah lama Sahara tidak melihat Ayah tersenyum seperti itu.

“Siapa tu, Ayah ?”.Sahara sudah tidak sabar hendak mengetahuinya.

“Kita tunggu sahaja petang nanti…”.Ayah terus berlalu ke tingkat atas, meninggalkan Sahara dengan persoalan yang masih bermain-main di minda….

Masa yang ditunggu telah pun tiba.Kedengaran enjin kereta memasuki perkarangan rumah.Ayah tersenyum.Jantung Sahara berdegup kencang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience