BAB 8

Drama Completed 2949

“Sudahlah Diana, jangan diingat cerita lama..”.Tiba-tiba Ayah memotong.

“Sahara nak dengar semuanya.Sahara nak tahu kenapa Ibu tinggalkan Sahara !!”.Sahara jerit sekuat hati.Sahara sudah tidak peduli akan perasaan Ibunya.Sahara tak peduli perasaan Ayah.Sahara mahu tahu segalanya!.

“Sahara.Sahara bukan anak Ibu.”.Ujar Ibu perlahan.

“Jadi, Sahara ni anak siapa?.”.Hati Sahara tercalar mendengar pengakuan itu.Sahara tak sangka selama ini Ibu bukan ibu kandung Sahara.

“Sahara, Sahara adalah anak Ayah bersama dengan wanita yang dicintainya, Dilla.Ibu Sahara meninggal dunia sewaktu melahirkan Sahara.Kebetulan dalam waktu yang sama, Ibu baru saja kehilangan suami dalam satu kemalangan ngeri.Justeru Ayah Sahara telah mengambil Ibu sebagai isterinya yang sah.Ibu telah menjaga Sahara seperti anak kandung Ibu sendiri sehinggalah Ibu didapati mengandung.Ketika itu, doktor sahkan kandungan Ibu adalah anak lelaki, tetapi malangnya kata doktor, bayi Ibu mungkin cacat.”.Air mata Ibu terus mengalir.

“Jadi,kerana itu Ibu tinggalkan Sahara ?.Ibu dah tak sayangkan Sahara kerana Ibu anggap Sahara penyebab kepada kecacatan anak Ibu?.”.Sahara tak sangka Ibu begitu bencikan Sahara selama ini.Sahara tak sangka Ibu anggap Sahara pembawa sial.

“Bukan macam tu, sayang…”.Pujuk Ayah.

“Jadi kenapa?.Kenapa Ibu tinggalkan Sahara dan Ayah ?Kenapa pa?.”.Sahara merasa amat sedih.

“Kerana Ibu tak mahu susahkan Ayah dan Sahara lagi.Selama ini, Ayah Sahara dah banyak tolong Ibu.Ibu terhutang budi pada Sahara dan Ayah Sahara.Ibu tak mahu dengan kelahiran bayi Ibu nanti, Sahara dan Ayah Sahara terpaksa bersusah payah lagi untuk menjaga kami berdua,Sahara …”.

Sahara lihat wajah adik.Tak salah Sahara umurnya enam tahun.Tapi fizikalnya kecil.Air liurnya sentiasa mengalir.Mata adik sepet.Kasihan..jari adik tak sama seperti Sahara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience