BAB 2

Drama Completed 2949

Sahara fokus menonton namun tak semena-mena dia merasa ada titisan air tumpah di pipinya. Sahara menyentuh titisan air itu bertanya dari mana datangnya airmata itu, dia mendongan lantas melihat ayahnya sedang menangis. Sahara kehairanan.

Beberapa minit kemudian Ibu muncul secara tiba-tiba.Di tangan Ibu ada dua buah beg pakaian.Sahara hairan.Ibu hendak ke mana?.Sahara mendongak.

Sahara lihat Ayah juga sama seperti Sahara.Ayah juga hairan melihat Ibu begitu.Ayah menurunkan Sahara dari pangkuannya.Dia memegang tangan Ibu.Ayah berkata sesuatu kepada Ibu.Tetapi Sahara tak dapat mendengar butirannya.

Suara ayah terlalu perlahan namun Sahara melihat ayah seperti sedang memujuk ibu.

Sahara masih ingat rupa ibu yang sedang menangis dan sepertinya saat itu ibu sudah tidak mahu berkrompomi dan termakan pujukan ayah. Berderaian airmata ibu mengalir di pipi dan Sahara melihat Ayah memeluk Ibu. Tetapi Ibu segera meleraikan pelukan itu.

Ibu terus mencapai beg pakaiannya dan melangkah ke muka pintu.Ibu terus berjalan dan tidak menoleh ke belakang lagi.Ayah terduduk di kerusi.Seolah sudah mengalah.Tidak berdaya lagi hendak memujuk Ibu. Bibik Watie dan Sahara cuma terdiam di tepi pintu dapur.

Ayah menekup kedua belah tangannya ke muka. Sahara tahu yang ayah juga sedang menahan tangis dan hibanya.

Sahara berlari cuba kejar Ibu yang sedang menunggu teksi di luar rumah. Sahara meronta-ronta memujuk ibunya untuk jangan pergi.

“Ibu, ibu nak pergi mana malam-malam ni? Ibu nak tinggalkan Sahara ke?.” tanya Sahara sambil memandang wajah ibunya yang basah dengan airmata..

“Sahara budak baik kan? Sahara kena dengar cakap ayah ya nak. Ibu nak pergi Sahara …”. ucap Ibu perlahan namun esakkan ibunya jelas kedengaran.

“Tapi Kenapa ibu nak pergi? Siapa nak temankan Sahara, Sahara taknak ibu pergi. Sahara sayang Ibu… Kalau ibu pergi, siapa nak jaga Sahara, siapa nak tidurkan Sahara malam-malam, siapa nak buatkan susu untuk Sahara macam selalu, Sahara sunyi kalau ayah pergi kerja?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience