BAB 3

Drama Completed 2949

Sahara tak nak. Kalau macam tu bawalah Sahara ikut ibu juga!”’ rintih Sahara.

“Im sorry sayang, tak boleh Sahara..Ibu tak boleh tinggal di sini lagi..” tanpa menunggu lama, ibu terus masuk ke dalam perut teksi dan sejak itu, Sahara tak pernah jumpa Ibu lagi….

Tanggan 4 Mei 2015, hari ini genaplah usia Sahara yang ke 10 tahun. Bermakna sudah enam tahun sejarah pahit itu berlalu namun tak seharipun ia pudar dari kotak memori Sahara.

Sehingga kini dia masih tidak tahu mengapa ibunya pergi meninggalkannya bersama Ayah. Allah saja tahu betapa dia sangat merindukan ibunya dan berharap dia akan bertemu ibunya tidak lama lagi.

Saban tahun dia berharap ibunya akan kembali di sisi terutama sekali ketika ulang tahunnya, jika ibu kembali pasti ia akan jadi hadiah paling bermakna dalam hidup Sahara.

“Selamat pagi semua.Hari ni cikgu ada satu pengumuman, kamu akan dapat seorang cikgu Bahasa Melayu baru kerana cikgu Nawawi sudah berpindah ke sekolah lain. Jadi saya perkenalkan cikgu baru kamu yang abru yang akan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu Cikgu Diana.’’ Ucap guru besar memperkenalkan cikgu baru kepada seluruh kelas.

“Selamat pagi murid-murid..”.Ujar guru itu.

“Selamat pagi cikgu!!!.”.Seluruh kelas memberi ucapan kepada guru baru itu.

Wajah itu!.Seakan pernah Sahara melihatnya..Mata itu…Seolah ada memori yang tersimpan di situ..Sahara terpaku.Sahara tahu, memang dialah orangnya!.

Semua pelajar sudah duduk di kerusi masing-masing.Sahara segera tersedar setelah dicuit rakan disebelah. Cikgu Diana menulis sesuatu di Ayah n hitam.

’Introduction’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience