BAB 10

Drama Completed 2949

Sungguh dia tidak menduga bahawa selama ini suaminya merasakan yang sama. Selama ini mereka memang saling menyintai dan dia benar-benar cintakan Megat Anuar.

Menyesalnya dia mengenangkan masa yang telah terbuang dek kerana kebodohan mereka namun apakan daya, dulu dia ragu-ragu dengan perasaan sendiri, ragu-ragu pada perasaan suaminya itu terhadapnya.

Dia tahu siapa dirinya, tak layak hidup dengan Megat Anuar dan hidupnya Ibarat melukut di tepi gantang, dia tidak mahu terlalu berharap cintanya akan dibalas namun akhirnya dia lemas dengan segala tanggapan itu.

Cukuplah selama ini dia menumpang teduh di rumah milik Megat Anuar dan diberi makan pakai oleh lelaki itu.

Dia mengambil keputusan untuk merahsiakan perasaan hatinya terhadap Megat Anuar.Dia tak menyangka mereka berkongsi perasaan yang sama. Sungguh takdir untuk mereka penuh liku.

“Diana, abang rindu dan cintakan Diana” ujar Megat Anuar lantas merangkul tubuh isterinya. Dipeluk erat tubuh itu seolah tidak mahu dilepaskannya lagi, Serasa terubat segala rindu yang menghujam dirinya selama ini.

“Amboi amboi ayah dan ibu ni ehem ehemm..’’ Sahara berdehem apalagi kaget Megat Anuar dan Diana disergah anak mereka.

Bibik Watie tersengih-sengih melihat majikannya yang dulunya berpisah kini bersatu semula. Manakala Sahara pula tersenyum lebar kerana kini dia sudah tidak lagi bersendirian.

Lengkap sudah rumah mereka dengan kehadiran ayah dan ibu dan kini diserikan lagi dengan kehadiran adik lelakinya selain bibik watie yang tetap taat bersama keluarga mereka.

Dia bersyukur kerana doanya dimakbulkan oleh Allah SWT dan sudah pasti ulang tahun ini paling bermakna dalam hidupnya.

“Ibu, Sahara nak tanya boleh? Siapa nama adik Sahara ni?’’ tanya Sahara begitu teruja.

“Oh nama dia Megat Darwisy.”.

“hello jangan lupa nama ayah dia, Megat Darwisy Bin Megat Anuar.”Sambung Ayahnya pula.

Diana menoleh ke belakang dan seraya itu padangan dia dan suaminya tertancap dan ada satu rasa yang hangat di dalam hati mereka. Dia tahu ia adalah cinta yang sudah sekian lama terpendam.

“Ibu, ayah selepas ini,kita semua takkan berpisah lagi kan?’’ tanya Sahara dengan riak wajah penuh risau. Sungguh dia terlalu naif dan polos. Dia tidak mahu terlalu gembira takut segala kegembiraan ini sementara atau barangkali palsu.

‘’Jangan risau sayang,takkan berpisah.Tak ada sesiapa yang dapat memisahkan kita melainkan kita di dunia ini lagi selain dari Allah. Ayah berjanji selagi nyawa dikandung badan, selagi itu ayah akan mempertahankan keluarga ini.”.Balas Megat Anuar

Sahara tersenyum lebar mendengar jawapan itu begitu juga Diana. Selepas sekian lama senyuman terbit di wajah setiap daripada mereka. Sungguh Allah akan memberikan ganjaran kepada setiap hamba-Nya yang bersabar dengan setiap ujian dan dugaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience